Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sekiranya anda tertanya-tanya apakah makna di sebalik istilah ‘Faghag’, saya sarankan anda terus membeli tiket persembahan Wild Rice ini sekarang juga.
Ini kerana dalam pementasan ini, Pam Oei akan dengan teliti mengapa istilah faghag, walaupun dianggap sebagai istilah kesat oleh beberapa pihak (err generasi yang lebih muda ermz…), wanita-wanita ini berhak menggunakan dan dengan bangganya memiliki istilah ini.
Secara dasarnya, faghag bermaksud seorang wanita yang mempunyai ramai rakan lelaki yang suka pada kaum sejenis, seperti mana Pam jelaskan dalam sebuah lagu bersama Julian Wong. Namun, apa yang membuat mereka faghag bukan sekadar kerana mereka mempunyai ramai rakan LGBTQ+.
Wanita-wanita ini, walaupun bukan dalam golongan LGBTQ+, sanggup melakukan apa saja demi kesaksamaan manusia buat rakan-rakan mereka yang tertindas.
Dalam Faghag yang sepatutnya berlangsung pada Bulan Bangga lepas, kisah hidup Pam Oei secara tidak sengaja menjadi seorang Faghag diceritakan secara bertahap-tahap. Daripada zaman sekolah hinggalah Pinkdot Countdown Warden itu dewasa, di mana beliau turut mengajak anaknya agar tidak mendiskriminasi hanya kerana sesetengah orang ‘berbeza’.
Dalam masa pandemik ini, teater merupakan tempat untuk kita melupakan situasi realiti, atau escapism, bak kata Pam. Dan memang benar, persembahan Faghag membuat penonton melupakan Covid-19 buat seketika dengan gelagat Pam yang berpakaian seperti budak sekolah, seekor unicorn (dengan bantuan Gino Babagay) sambil dihujani buih sabun dan bermacam lagi!
Persembahan ini juga menyentuh jiwa dan akan membuat anda tersedu, tidak kisahlah orientasi seksual anda. Penonton diajak berfikir sejenak akan keperitan dan cabaran yang dihadapi para individu LGBTQ+, terutama sekali para remaja yang keliru dan mungkin takut diperendahkan sekiranya mereka memberitahu perkara sebenar.
Oleh itu, amat penting bagi faghag atau sesiapa saja untuk memberi sokongan penuh kepada individu seperti ini.
Setelah menonton persembahan yang penuh tawa dan warna-warni ini, Pam Oei mengajak penonton untuk pulang ke alam nyata. Ini membuat ramai penonton tersentak akan realiti yang kami hadapi sekarang, walaupun Singapura dianggap sebagai negara moden yang maju.
Mungkin satu hari nanti.
– Pengkritik Sandiwara
p.s. Penonton harus mengambil ujian swab Covid untuk memasuki panggung Funan. Namun sekiranya anda sudah divaksinasi sepenuhnya, ujian tidak diperlukan.
Ujian swab adalah percuma, kos diserap oleh Wild Rice. Sekiranya anda berkemampuan, anda boleh salurkan dana kepada mereka seperti tertera di gambar bawah.
(gambar header: Facebook Wild Rice)
[…] lepas, Faghag serta persembahan Don’t Call Him Mr Mari Kita juga […]
LikeLike
[…] pasal Covid, persembahan Faghag yang sepatutnya berlangsung pada 4 hingga 14 November di Funan dibatalkan kerana pelakon sulungnya, […]
LikeLike
[…] konsert yang diterajui Julian Wong itu, penonton disajikan dengan muzik dan irama yang digubah Pak Zubir Said. Ada lagu yang kita […]
LikeLike