Rahila Rashun positif Covid-19, Faghag dibatalkan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal tengahari tadi, Rahila Rashun telah berkongsi di IG Storynya bahawa dirinya positif Covid-19.

gambar tangkap layar IG Rahila Rashun

Menurut catatannya, Rahila belum divakinasi. Maklumlah, Rahila baru saja melahirkan anak kedua September lalu. Tambahnya pula, tiada siapa yang akan menjaga anak-anak sekiranya Rahila ambil vaksinasi. Dan Rahila tidak ingin membawa anak-anaknya ke pusat vaksinasi.

gambar tangkap layar IG Rahila Rashun
gambar tangkap layar IG Rahila Rashun

Rahila juga mengongsi simptom-simptom yang dirinya alami. Migraine yang dialaminya dianggap migraine biasa tapi ia berlarutan selama 2 hari. Suaminya, KpBlvck pula sarankan melakukan ujian swab. Rahila juga alami batuk, kahak, selsema serta pening kepala. Seluruh tubuhnya pula sengal-sengal.

Dalam pada itu, Rahila seorang saja yang disahkan positif. Suaminya dan anak-anaknya akan mengambil ujian ART selama 7 hari berturut-turut.

Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial

Rahila masih kurang pasti dari manakah dirinya boleh dijangkiti. Oleh kerana itu, dia menasihati agar orang ramai duduk di rumah sekerap mungkin. Selain itu, Rahila juga khuatir kerana dirinya belum divaksinasi.

gambar tangkap layar IG Rahila Rashun

Disebabkan itu, Rahila menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksinasi kerana ia lebih selamat dan risiko lebih kurang. Rahila juga menekankan bahawa dirinya bukanlah antivaksin dan hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan kerana tidak mengambil vaksin. Namun, bak kata pepatah nasi sudah jadi bubur.

Mahupun begitu, ia tidak mematahkan semangat Rahila untuk terus melawan virus ini dan berharap orang ramai akan mendoakan kepulihannya. Bukan saja itu, Rahila juga akan mengambil ubat doktor serta suplemen untuk pulih.

Cakap pasal Covid, persembahan Faghag yang sepatutnya berlangsung pada 4 hingga 14 November di Funan dibatalkan kerana pelakon sulungnya, Pam Oei, turut dijangkiti Covid-19.

Di Instagram Wild Rice, diumumkan bahawa Pam didapati positif Covid-19 pagi hari ini.

Ini merupakan keputusan tersenang yang dilakukan syarikat teater ini kerana kesihatan dan kesejahteraan penonton, pelakon dan kru adalah keutamaan Wild Rice. Pam Oei sudah pun divaksinasi sepenuhnya dan asimptomatik.

Panggung Funan akan menjalani pembersihan teliti dan kesihatan pasukan Faghag akan dipantau.

Kepada penonton yang telah membeli tiket, wang mereka akan dikembalikan.

Wild Rice juga berterima kasih kepada setiap individu yang telah menyokong mereka dan masyarakat teater Singapura semasa masa-masa genting ini.

Ini bukanlah pertama kali pementasan Faghag menjalani cabaran seperti ini. Pada 2019, Faghag ditangguh dek kelewatan pembinaan. Tahun ini pula, Faghag ditangguh sekali lagi kerana Fasa Kewaspadaan Dipertingkat (Heightened Alert).

Semoga Rahila Rashun dan Pam Oei pulih secepat mungkin dan menyemarakkan seni Singapura sekali lagi!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Rahila Rashun, Wild Rice)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s