2 Pementasan W!LD RICE telah dibatalkan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal pagi semalam, pembeli tiket Faghag dan An Actress Prepares telah menerima emel yang mengatakan bahawa dua persembahan ini telah dibatalkan.

Pementasan yang sepatutnya berlangsung Julai ini sempena pembukaan teater W!LD RICE di Pusat Funan telah dibatalkan atas sebab-sebab kelewatan dalam kerja pembinaan.

Menurut kenyataan W!LD RICE, mereka dengan dukacitanya membatal persembahan yang dibintangi Pam Oei dan Siti Khalijah itu kerana mahu membina panggung mengikut panduan dan standard tanpa menjejaskan keselamatan para penonton.

Mereka yang telah membeli tiket Faghag dan An Actress Prepares akan dikembalikan wang mengikut mod pembayaran yang telah mereka lakukan.

Ada kemungkinan bahawa W!LD RICE akan mempamerkan dua persembahan yang telah dibatalkan ini pada masa hadapan. Ini kerana kedua-duanya telah ditulis semula dan telah laris dijual di Pesta Teater Singapura tahun lepas. W!LD RICE ingin menonjolkan pementasan ini kepada penonton yang lebih ramai. Ok jom doa sama-sama, insyaAllah ia akan menjadi satu kenyataan!

Sementara itu, persembahan Anything Can Happen/Something Must Happen pula akan dipindahkan ke Pusat Seni Aliwal.

Panggung yang boleh menempatkan seramai 358 penonton akan dibuka pada 8 Ogos, seiring dengan pelancaran pementasan Supervision yang dibintangi Janice Koh, Patrick Teoh dan Umi Kalthum Ismail.

Bagi anda yang telah membeli tiket, jangan lah sedih. Kan tetibe kaya dapat duit pampasan? Kalau nak sangat tonton pementasan W!LD RICE, apa kata anda beli tiket-tiket persembahan Musim Pembukaan mereka? Ada diskaun pembelian awal sehingga 3 Julai ini!

Nampak tu! Anda disajikan 4 pementasan berbeza! Wow!

Cakap pasal teater baru, Esplanade juga akan ada panggung baru!

Ia akan siap dibina dalam masa 2 tahun dan memakan belanja sebanyak $30 juta! Memang amat penting untuk Singapura melabur dalam bidang seni yang semakin berkembang ini kerana senilah yang akan melestarikan sejarah, memupuk nilai murni, membincangkan isu sosial/politikal dan bermacam-macam lagi. Tanpa seni, bosanlah hidup.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s