Akan Datang: Fatih – The Prince & The Drum

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara tahunan Pesta Raya anjuran Esplanade tahun ini akan mempersembahkan sebuah muzikal berjudul Fatih – The Prince & The Drum.

Kisah epik penuh cabaran dan ujian, yang disampaikan melalui genderang Melayu, seni mempertahankan diri, tarian, prosa dan lagu akan dijayakan oleh kumpulan genderang NADI Singapura.

Ia mengisahkan watak Putera Fatih dari Kerajaan Sritanmira yang merantau untuk mencari jati diri, dan mendapati dirinya sesat dan teraniaya, dan hanya kasih orang tuanya yang dapat menyelamatkannya. Jalan penuh onak dan duri yang dilaluinya membuka lipatan sejarah yang terkubur, membawa kepada penemuan masa lalu yang terlupakan, dan menjanjikan keamanan dan kegemilangan.

Pementasan ini merupakan kerjasama pasukan kreatif dari Singapura, Indonesia dan Thailand yang melibatkan seramai 35 orang.

Fatih – The Prince & The Drum merupakan produksi teater skala-besar pertama yang diterbitkan khas oleh Esplanade – Teater di Persisiran sempena Pesta Raya. Ini merupakan pementasan teater pertama NADI Singapura setelah 4 tahun ditubuhkan.

Dengan cerita asal dan muzik digarap oleh Riduan Zalani dan NADI Singapura, Fatih – The Prince & The Drum diarahkan oleh pengarah antarabangsa dari Indonesia yang terkenal, Garin Nugroho,  dan ditulis Zulfadli Rashid.

Riduan Zalani berharap persembahan ini setanding muzikal popular seperti Les Misérables, Wicked, STOMP dan banyak lagi.

Fatih – The Prince & The Drum akan berlangsung di Panggung Esplanade pada 29 Jun, 8 malam. Tiket-tiket boleh didapati di sini. Terdapat harga istimewa untuk warga emas, NSF dan pelajar.

Terdapat pelbagai acara menarik (percuma pun!!) di Pesta Raya bulan ini. Kunjungi socmed mereka untuk malkumat lanjut!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s