Anak Ayah

Salam sejahtera dan Selamat Hari Bapa, para pembaca setiaku!

Drama Hari Bapa tahun ini menceritakan tentang seorang anak yang bernama Aishah (Yuslina Yussof) yang membesar bersama ayahnya (Rahman Rahim) , tanpa ibunya dalam hidupnya. Ahmad seorang karang guni dan ini menyebabkan Aishah macam tak suka sangat dengan ayahnya dan apabila dewasa kelak, dia ingin mencari ibunya yang kehilangan.

Ahmad amat kasihan dengan Aishah yang terpaksa kerja sambilan selepas kelas. Dia ingin menampung Aishah sepenuhnya. Dia ingin berikan wang kepada Aishah untuk laptop baru. Ni lah, ni Aishah mesti private uni. Kalau uni biasa boleh mintak computer loan.

Ok, Suria, working part-time semasa di universiti bukanlah perkara yang baharu but ok.

Di universiti, si Razeeq (Asraf Amin) syiok kat Aishah. Nak pinjam notes lah, hantar balik lah. Apa sak jantan gila tau urgh. Dia kagum bahawa Aishah ni antara pelajar terbaik (Dean’s List) walaupun dia ni sibuk bekerja. HUH? Working part time is the norm now. Orang yang tak kerja time uni ni memang yang pelik-pelik. Can Suria pls be updated????

Rakan baik Razeeq, Julie (dimainkan oleh Fatin Amira) ni perangai macam budak sekolah rendah. Tau bapak Aishah karang guni abeh dia ketawakanlah, nak tweet lah. Ni apa???? Zaman apa ni? Uni kot, pelajar semua utamakan pelajaran dan bukan kehidupan orang lain!

Ahmad berhalusinasi dan terlanggar tembok. Dia dikejarkan ke hospital dan didapati menghidapi dementia.

Screenshot 2019-06-16 at 3.59.34 PM.png
hospital apa ni???

Anyway, ibu Julie dan ibu Razeeq nak jodohkan diorang dua? Apa ni? 1980s?? Ok.

Screenshot 2019-06-16 at 4.07.37 PM
padahal keluarga Razeeq ni bermasalah. This info is irrelevant sebab di akhir cerita dah tak berbual pasal perkahwinan ibu dan bapa Razeeq pun!

Mama Aishah menulis surat kepadanya dan menyuruhnya untuk henti carinya? Lame ass reason tbh “situasi dan kedudukan” or whateva hahaha kelakar. Dafuq. Macam terlalu convenient. Duduk kat Australia diam-diam sua.

Ahmad menghidapi Demensia Sundown di mana dia akan berganas pada waktu malam. Apabila pulang ke rumah, dia marah-marah Aishah dan menyelerakkan rumah. Pagi keesokan hari, dia memberitahu Aishah untuk mengikat tangannya. 😦

Tapi dia tak sampai hati lah. Kesian tengok dia jaga bapak dia. Boleh kemurungan tau.

Mariam pulang untuk mengutip Aishah pulang ke Melbourne. Pandai eh, anak dia dah graduate baru dia muncul, senang hiudp.

Screenshot 2019-06-16 at 4.36.29 PM
adakah ini jubah lawyer? adakah dia raih ijazah diploma?

Mariam tukar nama kepada Maria??? hahahahahahaha M terakhir stands for Melayu so dia drop lol which fool thought of this?

Di rumah, Mariam memberitahu perkara sebenar. Rupa-rupanya Ahmad ni Pak Sanggup Mariam! Jadi Aishah ni bukan anak kandung Ahmad. Dan dia nak bawak balik Aishah dan bebaskan Aishah daripada kesengsaraan hidup untuk menjaga bapanya.

Sebenarnya Mariam pulang atas sebab-sebab peribadi. Anaknya di Australia sakit buah pinggang dan dia ingin Aishah menjadi penderma. Ade ke patut???? But ok, kenapa cerita ni buat aku dalam dilema eh? Adakah kita harus buang saudara darah tanpa mengenali mereka? Jengjengjengitew.

Selepas ini, adakah Aishah akan mencari siapakah ayah kandungnya? Tidakkah dia ingin tahu siapa dirinya? Kalau dia nak nikah dengan si Razeeq ni bukan ke harus cari walinya? Tak ke begitu?


Secara terus terang, ia sebuah drama yang menyentuh jiwa tentang seorang anak yang harus menjaga ayahnya walaupun perhubungan mereka tidak begitu rapat. Tanggungjawabnya sebagai seorang anak dilaksanakan. Apatah lagi dengan plot twist… Fuh membuat orang WIG dan menangis! Kita semua tak sangkakan itu!


Perbualan antara watak Mei dan Pa agak janggal. Ini kerana Pa menggunakan ganta diri nama “wa” dan “lu” yang biasa digunakan oleh kaum Cina yang berbual Bahasa Melayu Pasar. Mereka dua beranak juga bertutur dalam Melayu Pasar (pelik no.1) tapi it’s ok sebab ia sebuah cerita Melayu. Apa yang pelik sekali adalah Mei gunakan ganta nama diri “Mei” dan bukan “wa” untul memanggil dirinya. Orang Cina di Singapura tidak berkelakuan sebegitu apabila berbahasa Melayu. Ini kerana mengguna “wa”/”lu” terhadap orang tua tidak disifatkan sebagai “kurang ajar” dalam budaya mereka.

Bukanlah macam budaya Melayu di mana mungkin kita gunakan ganta diri nama sendiri atau orang (jarang “saya”) apabila bertutur dengan ibu/bapa sendiri.

Budak kecil yang memainkan watak Aishah semasa kecil sungguh pandai berlakon! Sis suka!

– Pengkritik Sandiwara

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s