Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Setiap tahun Suria akan mengeluarkan telemovie khas Raya. Tahun ini, telemovienya amat comel sekali!
Ia dibintangi oleh Syafie Naswip, Norman Ishak, Izyan Mellyna, Rafaat Hamzah, Junaidah Eksan, Atyy Malek, Najib Soiman, Aishah Ahmad, Jasmani Basri, Aminah Ahmad, Hamidah Salim, Roslan Kemat, Hanie Bella dan Muhd Akasyah.
Bertajuk Lap Lip, ia mengisahkan sebuah keluarga yang menyambut Hari Raya di kampung mereka pada zaman 80an.
Merekalah keluarga pertama di kampung tersebut untuk menyalakan lampu lap lip dan semenjak itu, trend lampu lap lip menjadi ikut-ikutan sehinggakan Tok Penghulu mengadakan peraduan tahunan!
Malang sekali, keluarga Kassim sering bertembung dengan keluarga Bakar mengenai banyak masalah. Peraduan lampu lap lip lah, perniagaan kuih lah dan macam-macam lagi.
Walaupun banyak konflik antara keluarga ini, anak-anak Kassim, Mohsin dan Alias sebenarnya masing-masing mempunyai perasaan untuk Amira, anak Bakar! Uh-oh!
Pada akhir cerita, dua keluarga ini pun bermaafan dan barbaik-baik, atas nasihat Amira. Saya suka part ini kerana anak yang mendidik ibu dan bapa untuk melakukan perkara yang benar dan betul. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa juga bersalah dan boleh belajar beberapa perkara daripada anak.
Setelah memenangi peraduan lap lip, Mohsin berpeluang untuk terbang ke Indonesia dan itu mendorongnya untuk menjelajah dunia. Dia mula kerja kapal. Semenjak itu, dia jarang pulang.
Fast forward ke masa kini, Alias dan Amira telah pun bernikah. Beberapa puluh tahun dah lepas, barulah Mohsin pulang ke pangkuan keluarga. Tu lah, sebab kerja kapal, dia terlepas peluang untuk tackle Amira!
Penghabisan cerita ni ada mirip Pulang tak? Oleh kerana tidak ingin pulang, dia terlepas segala peluang untuk menikmati kebahagiaan hidup, sama dengan watak Remy Ishak dalam filem Pulang. Padan muka!
Secara keseluruhan, ia sebuah rancangan yang mencuit hati, menghiburkan dan pada masa yang sama padat dengan pengajaran positif. Ia bukannya seperti telemovie Raya sedih yang biasa di mana seluruh 2 jam sedih all the way! Ia kelakar dan setelah penat gelak ketawa, penonton diajak menangis bersama. Gitew!
Selamat Hari Raya!
– Pengkritik Sandiwara