Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Selamat Hari Raya semuanya, maaf zahir dan batin ye!
Pada setiap Hari Raya, pasti pelakon meletup Bollywood, Salman Khan akan mengeluarkan filem! Tahun ini tidak terkecuali. Bertajuk Bharat, ia mengisahkan kehidupan watak yang dimainkannya sebagai seorang datuk berumur 70+ tahun yang terpisah dengan keluarganya sebelum India dan Pakistan ditubuhkan!
Juga dibintangi Katrina Kaif, Bharat sebenarnya bermaksud ‘India’ juga dalam bahasa mereka!
Mereka berdua merupakan hero dan heroine utama dalam filem yang diterbitkan T-Series ini. Lakonan mereka dalam filem ini begitu serasi sekali. Ini kerana penonton dapat lihat bagaimana watak Bharat mula jatuh cinta dengan ‘Madam-Sir’ pada usia muda sehinggalah mereka mencecah 70an.
Mungkin filem ini tidak harus ditonton orang Islam warak kerana filem ini menggalakkan pasangan untuk tinggal serumah sebelum bernikah! Astagha… Adakah ini fenomena yang jarang berlaku dalam masyarakat kita? ksksksksksk
Dalam filem ini, penonton dapat lihat senang susah kehidupan Bharat setelah berpisah dengan bapa dan adiknya apabila berlari ke India waktu perang. Semenjak itu, Bharat kerja sambilan sebagai penggilap kasut, di sarkas, kerja di Timur Tengah sebagai penggali minyak dan juga logistiks di laut. Pelbagai kerja yang dilakukannya demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.
Pada masa yang sama, Bharat tidak lupa janji ayahnya untuk pulang ke dakapannya. Oleh itu, dia berdegil dan tidak mahu menjual kedai makciknya kerana ayahnya telah berjanji untuk berjumpa di situ! Lebih daripada 50 tahun telah berlalu dan dia masih berpegang teguh pada janji ayahnya itu! ;~;
Saya tidak sangka filem Bharat ini sebenarnya filem kelakar. Kerana apabila ternampak tajuknya, pelakonnya dan tema filem ini, saya sangkakan filem serius seperti Sarbjit. Tetapi, ia penuh dengan unsur komedi serta unsur sedih dan serius. Sungguh menyayat hati dan menghiburkan!
Ia sebuah filem yang sesuai bagi anda dan keluarga anda jika ingin bercuti setelah berjam-jam kunjung-berkunjungan! Pergilah tonton! Best sangat!
– Pengkritik Sandiwara