Lagu Raya Terbaik 2019

Salam sejahtera, para pembaca setiaku dan selamat menyambut malam 7 likur malam lailatul qadar!

Tahun ini, kami disajikan beberapa lagu raya baru daaaaan Pengkritik Sandiwara ingin menilai lagu raya baru manakah yang terpaut di benak fikiran anda. Tak kisahlah lagu yang baru dan original atau yang remake!


Pertama sekali, kami ada lagu raya moden oleh YouTuber tersohor Singapura, Hirzi Zulkiflie!

Bertajuk Vogue Eid, video muzik ini sebenarnya… sebuah iklan untuk produk-produk seperti keropok Irvin’s, Praffles dan solekan Molly.

Kami berpendapat bahawa inilah video muzik hasil Hirzi yang paling… tidak seoomph video-video Rayanya dahulu. Jika kita lihat video Pepsinya atau Raya in the City yang lepas, lebih bermakna dan menghiburkan.

Adakah kerana beliau menumpukan perhatian kepada jenama tajaan dan estetika video, dan disebabkan itu ia tidak segempak videonya dahulu? Atau mungkin beliau ingin menonjolkan konsepnya yang baharu?

Walaubagaimanapun, tetap vogue! Gitew.


Sufi Rashid, Ara Johari, Usop & Masya Masyitah – Sempurna Seadanya

Wow, Sufi Rashid ada lagu baru lah! Lagunya agak rancak dan mempunyai suasana Raya. Tapi… Macam terlalu banyak penyanyyi untuk sebuah lagu raya. Boleh buat orang keliru!

Apa yang kami suka sangat tentang lagu ini adalah ia mengemukakan soalan yang sering timbul pada waktu Raya. Seperti pekerjaan, jodoh, kereta dan lain-lain. Ini merupakan masalah yang sering dibelenggu anak-anak Melayu muda sekarang. Sering diaju soalan yang disifatkan sebagai sensitif, tapi makcik pakcik tidak peduli!

Mesej yang ingin disampaikan melalui lagu ini senang. Kebahagiaan sudah ada di depan mata, tak perlu cari lagi. Oleh itu, semuanya Sempurna Seadanya. GITEW.


Lagu Raya terkini yang amat tradisional!

Ramai netizens mengatakan bahawa lagu duet Syamel & Ernie Zakri bertajuk Seru Hari Lebaran ini adalah sebuah lagu Raya yang merangkumi segala unsur-unsur lagu Raya tradisional!

Saya setuju sekali kerana irama muzik dan sentuhan yang diberikan boleh tahan very Melayu. Pada masa yang sama, ia seakan lagu Pandang-pandang, Jeling-jeling oleh Tokti dan arwah Tan Sri SM Salim. Kan?


Ustaz Syed Hamadi dari drama Nur pun ada lagu Raya? Ehk?

Menanti Aidilfitri yang didendangkan oleh Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah & Wan Azlyn agak sedih ea…

Kalau tak nangis maksudnya awak tak tonton video sampai habis atau tidak berperasaan.


Jom Raya oleh Aliff Aziz!

Di media sosial heboh mengenai ‘gimmick’ yang jelas tertera di IG Sajat. Kononnya Sajat pergi audition untuk lagu ini tapi tak dipilih oleh Datuk Aliff Syukri!

Ha kan akak dah marah?

Jom Raya nyanyian Aliff Syukri, Bella Astillah & Zizi Kirana (who?) agak rancak ea! Tapi saya rasa Aliff Syukri cuba untuk meniru strategi Dato’ Seri Vida dalam membuat lagu raya viral. Masih ingat lagu LAVIDA RAYA? Yang “jom jom jom” tu seakan “oh oh oh” kan? Bukan itu saja, para penari yang diupah Aliff Syukri macam tak nak menari jek!


Bukan satu tapi dua lagu raya!!!!

Nampaknya rezeki Bella melimpah ruah setelah buang suay! Malah, dia kini berani memasuki pasaran muzik. Mantan suaminya IS SHAKING.

Bella berduet bersama adiknya Didi Astillah untuk lagu Bersama Di Hari Raya. Secara terus terang, tak begitu meletop.

Mungkin satu hari Bella boleh duet dengan Aisyah Aziz? Gempak gitew!


Indahnya Raya oleh Fairuz Misran

Ermz… Ok ini mengingatkan kami kepada lagenda P. Ramlee tetapi lagunya ok sahaja. Takde kesan yang mendalam. Lirik sedih dan hiba tapi dia tersengih… so macam krik.


Selamat Berhari Raya

Lagu yang dinyanyi Ariff Bahran dan Sarah Suhairi ni… biasa-biasa je lah. Takde yang merecik hawau. Lirik pun copy paste typical lagu raya yang ada di pasaran. Takde yang unik.


Lagu Raya terbaik 2019?

Ok, korang tahu saya sebenarnya bias, kan? Tapi ok lah mungkin bukan yang terbaik sebab ada yang lebih gempak (lihat lagu di bawah huhu).

Tidak boleh dinafikan bahawa Hael Husaini tahu resipi untuk menularkan lagunya Bersyukur Seadanya dengan video yang menghiburkan!

Videonya yang minimalistik tidak perlukan later belakang kampung atau lampu colok dan sebagainya. Cuma beberapa penari, dirinya dan seekor ayam saja.

Malah, gerak tarinya yang mudah lagi comel itulah yang membuat orang ramai, terutama sekali wanita gedik, tergila-gilakan lagu ini. Lihat saja IGnya, banyak orang dah cuba mengikut gerak tari ini! He knew this was coming.


Pada pendapat saya, lagu inilah lagu Raya terbaik, Bunga Bunga Raya oleh Ucop!

Tapi saya ingin menekankan bahawa ini bukan lagu Raya 100% so… lagu ni tak qualify ah. Ia sebuah iklan.

Iklan yang menarik, mampu membuat anda fikirkan lagu ini walaupun baru sekali dengarkannya, “Velocity, Velocity, Velocity YAH”. Visual dan estetik video ini juga amat mencanak!

Gerak tari dan para penarinya pun lagi profesional dibandingkan lagu Aliff Syukri. So… Aliff Syukri ni bila dia nak upah pereka tari profesional eh?


Lagu Raya tak inklusif.

Lagu Ikhlas ini hanya di Apple Music… Tak tau lagu Raya best ke tak ni entahlah eh.

Orang ramai boleh dengar pada 7 Jun. So tunggu je lah. Ape nak buat?

Artis-artis dari tiga negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Taufik Batisah dan Nisfu Syaban Nissa Sabyan nak buat duit katakan.


Lagu-lagu yang diberi nafas baru:

Warner Music Malaysia Seloka Hari Raya All Star!

Wow, ramainya artis tak kira tua atau muda bersama dalam satu video menendangkan salah satu lagu klasik Hari Raya!

Also, lagu ni menekankan kepentingan gender roles! We stan, or not?


Kurniaan Di Hari Raya by whomstever they is.

Menjelang Hari Raya oleh Colour of Voices! Menarik ea.

Itu sahaja daripada kami. Ada yang kami terlepas atau tidak senaraikan? Kongsikan bersama kami di Facebook, Twitter ataupun Instagram!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s