Akan Datang: The Orange Production 2019

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Wadah perkembangan The Necessary Stage, The Orange Production kembali buat kali yang kedua!

Tahun ini, mereka akan mempersembahkan dua buah pementasan.

Pertamanya bertajuk We Were So Hopeful Then yang ditulis oleh Ellison Tan Yuyang dan diarah Alvin Tan.

We Were So Hopeful Then berlaku pada 2025 semasa anugerah Singapore Theatre Icon Awards mengiktiraf mereka-mereka yang telah bekerja keras di belakang tabir tetapi jasa mereka tidak dikenang. Ia bertujuan untuk menanyakan sejauh manakah kita peduli terhadap ketidaksempurnaan di suasana kerja ‘keberatsebelahan’ yang tersirat. Pementasan ini dibintangi Henrik Cheng,Myra Loke,Sindhura Kalidas dan Zaaki Nasir.

WWSHT - Group 3.jpg

We Were So Hopeful Then berlangsung dari 31 Julai hingga 4 Ogos di The Necessary Stage Black Box.


Kedua pula Acting Mad ditulis oleh Haresh Sharma bersama siswazah SOTA Harris Albar dan Maryam Noorhimli, dan diarah Haresh Sharma sendiri.

Acting Mad mengemukakan penyakit mental dan stigma berkaitan dengan industri teater, terutama para bagi pelakon, dan ia meneroka sama ada teater mampu menjadi tempat sokongan untuk mereka-mereka ini. Karya ini berdasarkan wawancara yang telah dilakukan bersama pelakon tempatan yang pernah atau sedang mengalami isu-isu kesihatan mental. Ia akan dimainkan oleh Al-Matin Yatim, Andre Chong, Karen Tan dan Masturah Oli.

IMG_6180

Acting Mad akan diadakan pada 7 hingga 11 Ogos di The Necessary Stage Black Box.

Tiket-tiket bagi The Orange Production boleh didapati di Sistic!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar-gambar oleh Karmen Wong)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s