Top 10 food places Muslims are obsessed with but are actually not Halal certified

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Korang masih ingat tak beberapa tahun yang lalu (2017), HalalFoodHunt telah mewaswaskan seluruh masyarakat Melayu/Islam Singapura kerana menyenaraikan gerai-gerai bazar yang “tidak halal”?

Ia agak kontroversial kerana… adakah mereka lelaman yang patut melakukan perkara tersebut? Tindakan mereka seolah-olah memberi isyarat bahawa kedai-kedai tidak halal tidak patut berniaga di bazar Geylang Serai padahal Singapura merupakan masyarakat berbilang bangsa dan agama, dan penting sekali inklusif.

Tapi tidak apa, sempena Ramadan ini, saya ingin mengingatkan anda semua bahawa terdapat kedai-kedai yang sememangnya tidak halal tetapi kerap dikunjungi masyarakat Islam. So, adakah kami akan menunggu kakak HalalFoodHunt dengan muka besar diorang (cos they always zoom in their big faces bila instastory lol they need to hire a socmed team, we don’t need to see your face tbh) untuk sebarkan senarai kedai makan tidak halal sebelum anda semua rasa waswas?

halalfood
Apa kaitannya dengan jenama HalalFoodHunt????

Ok, cukup mengecam! Ayuh kita lihat kedai-kedai tidak dijamin halal oleh MUIS yang sering dikunjungi masyarakat Melayu/Islam!

1. Starbucks

Ramai orang sering menanyakan kepada @HalalSG mengenai sijil halal Starbucks Singapura dan jawapannya tetap sama. Mereka masih belum lagi menghantar sebarang borang. Namun begitu, orang-orang yang sama juga sering kunjungi Starbucks dan menikmati minuman kopi ini tanpa waswas. Ini kerana Starbucks mengambil kakak-kakak tudung dari JB untuk bekerja di sini agar boleh meyakinkan para hijabi lain untuk menjadi pelanggan Starbucks. Oleh kerana itu, ramai masyarakat kita minum!

Chey fake news. Memang dari dulu dah ramai orang pun, sebelum mereka ambil kakak2 JB kerja di sini. Mestilah, benda sedap. Kakak hijabi pasti mendengar kata-kata setan dan beli minuman di Starbucks!

Desas-desus berkata Starbucks memberi sumbangan kepada….Yahudi dan oleh kerana itu, mereka tidak halal. Betul ke? Ada pula kata bahawa pekerja Islam harus tanda tangan sesuatu di mana mereka berjanji untuk merahsiakan proses pembikinan biji kopi Starbucks. Iaitu… ia direbus menggunakan alkohol! Betul ke?

2. Mr Bean

Pada mulanya, ia setakat minuman kacang soya. Dan mungkin kerana itu, ia berjaya menarik pelanggan masyarakat Melayu/Islam. Maklumlah, kalau kat kedai kopi pun, gerai yang menjual minuman ini juga kaum Cina dan jarang sekali kaum kita. Oleh kerana itu, masyarakat kita suka sangat dengan Mr Bean ini. Namun, lama-kelamaan terdapat lebih menu yang disajikan Mr Bean. Pada mulanya eggwichnya yang berintikan perisa seperti cokelat dan sebagainya (tiada daging). Pada Tahun Baru Cina tahun ini, mereka mengenalkan perisa Bak Kwa, dan ini mencetus kontroversi! Padahal… bak kwa vegetarian tau? Ada yang ingin boikot Mr Bean kerana menjual bak kwa. Ermz… Mr Bean tak pernah halal kot so yang patut reflek tu kau ye tak tentu pasal. Tak sedar selama ni menyokong tempat makan yang tidak halal!

3. Ya Kun Kaya Toast

Mengapa kedai makanan ini amat popular di kalangan makcik-pakcik walhal tiada sijil halal? Adakah kerana ia menjual juadah sarapan sahaja yang tidak menimbulkan sebarang perasaan curiga? Kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk bersarapan dengan roti bakar dan secawan kopi di kedai kopi, dan membelinya di kedai yang dimiliki taukeh Cina? Oleh itu, sampai sekarang terbawak-bawak?

Serta, menurut mereka, kaya mereka halal!

Adakah kerana satu produk yang halal, semuanya… halal juga? Ya Kun juga ada juadah seperti Nasi Lemak yang mengandungi ayam goreng. Tidakkah ini mencetuskan kewaswasan dalam diri para warak sekalian kerana kurang pasti akan cara sembelih? Pada masa itu, terdapat pencemaran yang boleh menjejas kehalalan makanan seperti roti? Eh, bukan ke roti pun harus waswas kerana diperbuat gunakan ragi (yeast)?

4. Bengawan Solo

bengawan

Kita semua sukakan kuih lapisnya yang sedap, manis dan teksturnya yang sungguh lembut! Tapi tahukah anda bahawa mereka gunakan rum dalam beberapa manisan mereka? Oleh kerana itu, ia tidak pernah halal! Ha… kan? Patutlah sedap semacam! Jangan anggap nama Indonesia je halal tau!

5. Makanan Pawagam

Sis. Sesungguhnya tiada cap logo halal yang tertera di pawagam-pawagam terkemuka seperti Golden Village, Cathay Cineplex dan Shaw. Namun kenapa masyarakat Melayu/Islam terkejut apabila diberitahu bahawa makanan yang dijual di pawagam tidak halal..? Y’all joke!

lydia

Masih ingat peristiwa ini? Kelakar! Kalau nak sangat makan sambil tonton wayang, beli je lah dari luar dan bawa masuk secara rahsia. Macam tak biasa je. Lagipun, makanan di pawagam adalah satu SCAM! Mahal tak tentu pasal.

Kalau korang ke Starbucks dan adik barista tu kata minuman tak halal, korang akan viralkan ke perkara tu? Ni pasti terus telan je minuman tu sebab dah sedap, iman dah tak kuat untuk katakan TIDAK.

6. Kedai-kedai Teh Buih

Baru-baru ini, trend meminum teh buih atau bubble tea nampaknya telah kembali. Saya rasa macam tahun 2000ish di mana teh buih baru-baru melanda Singapura! Memanglah terdapat pelbagai jenama terkemuka yang sedia ada di pasaran seperti Koi, Gongcha, Tiger Sugar dan sebagainya! Tetapi… hanya satu (as far as I am aware) jenama dari negara kelahiran teh buih, Taiwan, yang mempunyai sijil halal!

Malang sekali, saya sendiri tidak pernah cuba jenama TP Tea ini. Adakah ia sesedap jenama-jenama yang tidak halal? Apa kata anda?

Tapi ingat, jangan beli dari kedai teh buih tempatan di mana pengasasnya seorang “selebriti” tempatan kerana pembaca setiaku tidak akan menyokong mat rep!

7. Kedai Kopi yang juga menjual Arak

Yang ni kelakar. Kenapa orang semua ok je minum coke di gerai kedai kopi yang menjual arak? Tak mengadu ‘cross-contamination’ pulak? Abeh kadang-kala gelas yang diberikan ada cap TIGER atau CARLSBERG ok je? Hairan aku.

8. Auntie Anne/Famous Amos/Garret Popcorn

Saya telah menyatukan tiga jenama berbeza ini kerana saya berpendapat strategi yang diambil oleh ketiga-tiga jenama ini adalah seakan. Mereka mengambil kakak tudung, abang Melayu, atau pekerja dari Malaysia untuk bekerja di sini! Oleh itu, ia menghapuskan rasa waswas pelanggan apabila ternampak orang kita sendiri yang membuat makanan di kedai-kedai ini!

Lihat tu, mereka ada menu baru, Matcha CaramelCrisp sempena Ramadan. Ye lah, Melayu kan suka hijau…

Tergamak Famous Amos adakan promosi raya!!!!! Hahahahaha kelakarnya mereka nak reach to a target audience… liberal muslims ke? Amin. Apa yang saya dengar kan, mereka sebenarnya… kosher!

Sedap sangat ke?

9. Awfully Chocolate/Godiva

Siapalah yang tak suka cokelat? Walaupun dah terang ada alkohol tetap pergi je sebab iman tak kuat kan? Dah lah sedap. Amboi!

Lihat tu… Ada truffle lagi!

Meleleh air liur melihat gambar di atas!

Ni semua kes beri alasan “cokelat je” sebab cokelat itu diperbuat daripada kacang (?) so kan halal. Padahal proses membuat tu… memusykilkan!

10. Kedai-kedai yang pernah Halal dahulu kala…

Kita semua seolah-olah terperangkap dalam dilema ini. Kita tidak waswas kerana ia pernah ada sijil halal, tiada sebab untuk mengapa tidak makan. Oleh kerana sedap dan mengidam, kita rembat je!

Chocolate Origin

Cokelat lagi…

Chewy Junior

Kenapa mereka hentikan sijil halal mereka? Terlalu mahal atau tidak ada pekerja beragama Islam? Sedap kan krim mereka yang berlemak, manis dan menjilat jari!

Wok Hey 

Yang ni ada pelik sikit. Dulu macam pernah ada sijil halal terpampang. Tapi ada kata mereka tidak pernah ada… Apa kebenarannya?

Ayam Penyet Ria

Dah halal lagi! Ok, but korang masih makan kat sini? Mutu makanan dah tak sebaik dahulu, masih tak mengambil bayaran cashless. Do we want this?


Itu sahaja senarai ini kali ini. Jika saya terlepas beberapa kedai/jenama, sila kongsikan bersama saya di Twitter, Instagram mahupun Facebook!

Tujuan senarai ini bukanlah untuk mencemar kedai-kedai di atas tetapi untuk meningkatkan kesedaran dalam diri mereka-mereka yang berperangai hipokrit. Mereka adalah individu yang sering mengadu kerana makanan yang mereka inginkan tidak halal. Tapi pada masa yang sama, tanpa disedarinya ataupun secara sengaja, melawat tempat makanan yang sememangnya tiada sijil halal dan menikmati segala juadah di sana. Y’all choose your dosa.

Adakah kita bergantung kepada sijil halal oleh MUIS sahaja untuk menentukan sama ada makanan yang ingin kita bedal ni halal? Padahal sijil adalah untuk meyakinkan kita saja, bukan penentu kehalalan sesebuah kedai!

Kalau masih nak makan di kedai-kedai yang telah saya senaraikan di atas, go. Saya kata ia tidak ada sijil halal, bukan ia tidak halal! Kalau waswas, jangan makan. Takmu nak viralkan dan jejas perniagaan orang yang tak bersalah.

InsyaAllah, dengan adanya peraturan #fakenews, makcik dan pakcik WhatsApp akan hentikan pesanan tular seperti ini!

Bukan itu sahaja, kita sebagai masyarakat minoriti Islam di Singapura harus rasa bersyukur kerana adanya badan agama seperti MUIS. Apa yang halal, kita makan. Yang tidak halal, kita tunggu or just diam sudah.

Pls jangan DEMAND food to be halal sebab you look like a fool. Kita dah bastardise a lot of chinese food to meet our needs abeh bila kaum lain adapt our food, kita nak sakit hati? TAKDE MAKNENYE.

Masih ingat tak dulu bila Bread Talk baru-baru buka, ramai orang Melayu kita ke situ kerana ia menjual roti sahaja. Bila dapat tahu ada babi floss… terus melenting! Kelakar.

Also, while I’m at it…

Petition untuk Twelve Cupcakes menggugurkan sijil halal mereka kerana kek cawan mereka tak seberapa pun.

Hanya cookies mereka yang sedap. Pls go back to non-halal agar mereka boleh ada alcohol infused cupcake, kita dah tak nak dah…

Kalau nak makan sesuatu, ikutilah carta aliran di bawah.

Kan senang dan tak menyusahkan. Jangan nak petik gambar dan viralkan tak tentu pasal!

Salam menyambut malam-malam terakhir Ramadan!

– Pengkritik Sandiwara

(nota: artikel ini tepat pada tarikh ia dilancarkan; 25 Mei 2019)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s