Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Episod ke-4 drama Pakweku Bapakku Tetamu Ramadan membongkar rahsia yang disimpan 3 beranak ini. Apa yang akan Salahudin lakukan?
Salahudin ni cemburukan Farid kerana anaknya, Achit mula rapat sangat dengannya. Achit telah meminta pandangan Farid mengenai pilihan kerjayanya setelah perkhidmatan negara. Salahudin amat marah kerana anaknya sendiri tidak lagi bergantung kepadanya untuk perkara-perkara penting (seperti kerjaya)!
Kenapa rasa cemburunya terhadap Farid yang disebabkan oleh isterinya dan Nina menjejas perhubungannya dengan Achit? Secara terus terang, ini semua ego besar jantan yang kecik hati at almost everything! Padahal dia patut faham bahawa Achit ni sedang fasa remaja, nak jauhkan diri daripada bapak dia. Fahamlah sikit.
Dia terdengar perbualan anak-anaknya dan isterinya dan mendapat tahu kisah sebenar. Dia mengamuk tak tentu pasal.
Pemikiran kusutnya menjejas prestasinya di kerja, dia dimarahi auditor!
Pada masa yang sama, Nina membuat amal di organisasi dan dia terlebih mesra dengan seseorang… who happens to be THE AUDITOR.
Sekali lagi, saya ingin tekankan bahawa unsur RAMADAN dalam drama ini seumpama after thought.
– Pengkritik Sandiwara
[…] pelakon setempat, Syairul Ariffin dan Biwa Mastura telah selamat diijabkabulkan hari […]
LikeLike