Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pasangan pelakon setempat, Syairul Ariffin dan Biwa Mastura telah selamat diijabkabulkan hari ini.
Pemenang Anugerah Skrin 2016 itu telah pun memuatnaikkan gambarnya bersama isteri tercinta dengan kapsyen ‘Officially married. Alhamdulillah.”
Sungguh manis melihat pasangan mempelai itu begitu manja dan mesra bersama!
Majlis pernikahan mereka juga telah diudarakan di wadah video Zoom untuk ditonton kenalan mereka!
Wow, adakah ini norma baru? Untuk melihat upacara penting menerusi dalam talian?
Amat comel sekali melihat mereka bergambar bersama anak Biwa juga! Memang padan mereka pakai sedondon warna sama.
Semoga mahligai yang dibina bersama akan penuh dengan kebahagiaan hingga ke Jannah, amin!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header diambil daripada Instagram Syaiful Ariffin, dipetik oleh @zeenolhossain
[…] jugak kapel yang bernikah time Covid19 ni eh? Syukur, dapat save duit! […]
LikeLike
[…] pasangan yang bernikah pada bulan Jun itu tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka tahun depan. Pasti Ash pun seronok kan nak dapat […]
LikeLike
[…] beberapa bulan bernikah, pasangan pelakon ini mengumumkan di Instagram bahawa mereka bakal menimang cahaya […]
LikeLike
[…] Pasangan selebriti itu turut mendedahkan nama puteri sulung mereka, iaitu Ada Saira. […]
LikeLike