Amacam rakan-rakan? Puas hati dengan episod terakhir 11 Oktober ke tidak? Drama yang pada mulanya softcore, dengan secara mendadak membuat putaran 180° dan terus bertukar genre gitu. Kini, misteri pembunuhan Raquelle sudah diketahui. Malang sekali, bukan Raquelle sahaja menjadi mangsa. Siapa lagi eh?
(klik di sini untuk membaca episod 1, 2 & 3, 4 & 5 dan 6.)
Memang benar episod akhir ditayangkan selama 2 jam, kononnya “finale spesial” ah padahal terpaksa sebab terkandas. Jadi, saya akan membelahkan reviu ini kepada dua bahagian, episod 7 dan 8. Seperti mana Toggle juga menayangkan episod akhir ini dalam dua bahagian. Sebenarnya bukan 2 jam spesial ah eh, 2 episod secara serentak aka back-to-back.
Episod 7
Syaitonne menghasut Haryani lagi. Katanya ada lebih sebab untuk membunuh Prof. Sebenarnya saya agak impress sebab nama watak Syaitonne ni sebenarnya “Firah”. Macam “Firasat” gitu. Kirakan macam metafora ah eh.
Mak Long menelefon Prof untuk memberitahu bahawa rahsia mereka sudah terbongkar dan Pokai sudah lari rumah kerana sudah tahu rahsia mereka. Mak Long berasa sedih dan kecil hati kerana Pokai menganggapnya sebagai wanita simpanan Prof.
Masih ah kat sini. Balik la mandi.
Pak Tam memberitahu apa yang benar-benar terjadi.
Pak Tam dan Falsafah bergelut dan tidak mahu menolong Raquelle yang baru jatuh ditikam benda tajam… Apabila Pak Tam kembali ke tempat kejadian, badan Raquelle tidak lagi berada di situ. Ok… Lama pe Pak Tam dan Falsafah berwrestling kat tanah ni?
Mak Long menelefon Falsafah untuk memberitahu bahawa Pokai sudah lari rumah dan Haryani tiada di rumah. Falsafah mula rasa curiga.
Prof juga ingin mencari Pokai. Eh si Calbee je nama hero of the show tapi macam tak guna je.
Keputusan dari makmal menunjukkan bahawa cap jari di bahan bukti bukan milik Pak Tam. Pak Tam dibebaskan dan Abang IO inginkan butiran para peserta/sesiapa yang berada di kawasan kem tersebut pada hari itu.
Sebenarnya memang salah korang sebab berkas Pak Tam sahaja. Korang sepatutnya mengesyaki sesiapa je yang ada di situ. Takkan Pak Tam nak bunuh Raquelle? Takde motif. Pasti salah satu kawan-kawannya kan? Abeh sekarang kenek cari pembunuh tu lagi. Kalau dah lari ke Johor amacam? Everyone should be suspected sak. Mana tahu komplot ke. Dan Pak Tam berhak saman korang sebab he is innocent until proven guilty bukan sebaliknya!!
Pokai memberitahu rahsia Prof dan ibunya. Dia tidak boleh menerima hakikat dan tidak percaya kata-kata ibunya.
Batu akhirnya menjelaskan rahsia yang disimpan Haryani kepada Calbee. Mengapa Haryani menipu rakan-rakan di kampus mengenai bapanya? Apa yang Haryani sembunyikan?
Mak Long ke kampus untuk memberitahu bahawa rahsia mereka sudah terbongkar dan tidak mahu lagi berkaitan dengan Prof.
Eh diorang tak tau nak berbual dalam pejabat ke? Kat koridor jugak nak berbual. Kan Haryani dah nampak, dah fikir bukan-bukan. Dia fikir Mak Longnya ada hubungan dengan pembunuh ayahnya!
Haryani ingin membunuh Prof tetapi terpotong stim sebab ada pelajar yang ingin berjumpa prof. Kalau saya bertembung dengan prof saya di koridor, entah bertegur sapa ke tak eh…
Lagipun, kenapa Haryani ke sekolah? Takkan nak bunuh Prof kat sekolah sak. Dia dah tak terurus macam gitu masih nak belajar ke? Kelakar. Bukan itu sahaja, takkan nak bunuh pada waktu tengahari? KelakarX2. Pasti ramai orang yang akan nampak kan? Di kawasan awam lagi. CCTV merata. Dia bodoh ke?
Syaitonne menghasut Haryani untuk membenci Mak Long dan membunuh Mak Long.
Batu berjumpa Hijabster untuk berbual pasal Haryani. Batu ingin Hijabster memujuk Haryani untuk pulang rumah. Eh, Hijabster tak mengamuk pulak eh bila Batu gunakan dia untuk dapatkan informasi pasal Haryani…
Haryani terus berambus keluar kerana Batu pun berada di situ. Dia ingatkan cuma Hijabster sahaja.
Eew ni prof berbual macam typical chinese abeh pakai tie ke kerja… Tak panas ke? Haryani ingin mencari Prof tetapi Prof cuti. Bestnya cuti. Siapa yang tanggung murid-murid tu eh?
Sebenarnya saya menyokong kata-kata Syaitonne kerana ia bersebab dan munasabah. Saya akan jelaskan di akhir entri ini dengan lebih lanjut.
Haryani ingin penjelasan dar Mak Long.
Syaitonne tidak puas hati dengan Haryani. Emosi mengganggu fikiran Haryani.
Pokai menelefon ibunya dan memberitahu bahawa dia akan pulang esok. “pulang” biasalah drama-drama ni.
Calbee ingin menjadi kawan istimewa Haryani. Dan pada saat-saat genting seperti ini, dia ingin Haryani tahu bahawa dia wujud dan boleh bergantung padanya gitu.
Ha kau, siapa hentak dia?
Ok so dalam episod 7 ini kita dapat tahu bahawa Haryani mula mempunyai rasa dendam terhadap Prof dan Mak Long kerana mereka menyembunyikan kebenaran daripada Haryani. Dalam episod ini juga ia amat jelas bahawa Haryani yang telah “membunuh” Raquelle. Tetapi, pada masa yang sama, kelakuan Haryani bersebab dan bukan suka-suka. Kenapa Pokai tidak percaya kata-kata ibunya? Bagaimanakah bangkai Raquelle boleh berada dalam bilik stor Pak Tam jika Pak Tam tidak bersalah? Bagaimana hero aka Calbee akan save the day dalam episod terakhir?
Episod 8
Kesian OL ni baru nak pergi/balik kerja sambil main Pokemon Go dan hampir-hampir tersungkur ke mayat Pokai!!!
YAAAAAS GET HER, HARYANI. Memang Prof dah beri wang untuk menampung hidup Haryaani tetapi wang bukan segalanya!!! Ini seumpama kau dah berkomplot dengan Prof untuk rahsiakan pembunuhan ayah Haryani dan menerima rasuah bulanan untuk berdiam diri!!!!
Oh, tau takut. Yang kau bekerjasama dengan seorang pembunuh, tak takut polis akan tangkap?
Abang-abang IO ke rumah Mak Long untuk memberitahu bahawa mayat Pokai telah dijumpa dan ingin Mak Long memastikan bahawa mayat itu benar-benar Pokai. Hairan, Haryani baru keluar rumah tapi mereka tak terserempak ke? Bdoh punya polis. Lagipun, takkan polis tak buat rondaan di situ untuk mencari suspek? Ini kerana mayat baru dijumpai dan kawasan itu sepatutnya dikelilingi pegawai polis kan? Geram sak. Abeh Mak Long dalam keadaan tak terurus + tercungap-cungap, si IO ni tak syak apa-apa tau.
Oh no!!!! ~ kini aku pasrah dengan segalanya~
Pulang ke Ilahi…
Ok, so Falsafah berhutang dengan Pokai abeh si Guna-guna nak buat apa???? Orang tu dah mati seh. Kita pun tidak diberitahu mengapa Falsafah inginkan wang itu sangat. Kalau kita diberitahu Falsafah guna wang untuk ke sesi tangki ikan atau dadah, mungkin babak ini akan lebih bermakna. Ini kerana Guna-guna ungkit hal fix-matching peraduan silat haritu.
Prof tidak mahu melawat sorang? Is it rasa serba salah? Pelik, kematian Pokai ada pengebumian segala, Raquelle takde. DASAR MURTAD. Prof pakai songkok ni semua eksyen je.
Polis mencari Haryani bagi siasatan kematian Raquelle.
Selama ini Haryani ada di kolong blok. Bodoh pe IO hahahaha. Dia sedang memerhatikan gerak-geri Prof.
Prof ni pun bodoh… Ke jalan raya di mana insiden kematian ayah Haryani berlaku. Abeh nak rasa batu-bata jalan raya?? Padan muka kenek honk dengan orang belakang. Gila sak. Nak bersentimentel tak bertempat. Kalau kau kesal dengan tindakan kau, sila laporkan diri ke balai polis.
Mereka meminta maaf tetapi semuanya sudah berlaku dan Pak Tam sudah kaya sebab dah saman polis so tak payah nak kerja situ lagi.
Pak Tam memberitahu mereka bahawa Haryani memerlukan pertolongan. Musykilnya, Pak Tam yang tidak selalu bersama Haryani, tahu bahawa Haryani sering berbual seorang diri. Kawan-kawan di kampus yang sudah 4 tahun bersama tak sedar pun.
Pagar rumah Prof terbuka tetapi Prof tidak mengesyaki apa-apa, dia juga tidak laporkan kepada polis. Ni namanya NGOK. Jika pagar rumah anda dibuka secara paksa, dengan segera telefon polis.
HA KAU.
Dah hentak Prof? Jangan lupa untuk ambil snapchat!
Kali ini dalam Zoom Singapura… Srsly what’s w the camera angle + lighting sak!!! Mereka bertiga ke rumah Prof untuk bincang pasal Raquelle dan Haryani ah.
Nasib Batu ternampak Haryani membawa kereta Prof! Mereka pun mengekori kereta tersebut.
Haryani membawa Prof ke tempat di mana “kemalangan jalan raya” yang mengakibatkan kematian ayahnya. Prof bertanya jika Haryani membunuh Raquelle dan Pokai, Haryani mengaku dan jelaskan.
LOL. Tapi dia tak perlu pukul bantai Raquelle kan? Ini kerana Raquelle sudah ditikam benda tajam. Tiada orang yang berani menolongnya, so tunggu masa sahaja. Haryani setakat mempercepatkan proses sahaja.
Haryani menyembunyikan mayat Raquelle di dalam bilik stor. Ini kerana kunci stor terletak berdekatan.Kalau nak simpan kunci di tempat yang senang dijumpai abeh nak kunci stor buat apa sak!!!!
Haryani memberitahu sebab mengapa dia masih berasa marah dan ingin membunuh Prof.
Yaaaas. Memang patut dibunuh kerana memang masanya untuk terima balasannya!
Poyo ah Prof ni. Padahal boleh bergolek tau. Bukannya Haryani gam kau kat jalan raya tu.
Yay sang wira menyelamatkan keadaan!
Polis memberkas Haryani.
Salah kau, bukan salah Haryani. Haryani hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan semenjak bertahun lalu.
Kata dulang paku serpih, kata orang dia melebih. Senang la kau kata, kau yang dapat duit segala. Kau pun boleh laporkan segalanya kepada polis dan elakkan ini daripada berlaku kan? Prof pun melaporkan diri kepada pihak polis.
Setahun setelah itu, baru doktor jelaskan keadaan Haryani. SETAHUN SAK. Apa doktor ni buat?
Haryani tidak memerlukan sesiapa, hanya Syaitonne kerana aku adalah engkau dan engkau adalah aku. What a lame ending sak. Saya rasa kesannya akan lebih ketara jika Farhana M Noor juga yang memainkan watak Syaitonne. Secara kebetulan, mereka melawat Haryani pada 11 Oktober.
Prof pula bagaimana? Dia meringkuk dalam penjara? Nama baik uni terjejas?
Secara terus terang, saya tidak sangka bahawa drama ini sebenarnya Tragedi Oktober ah eh. Pada mulanya innocent, pasal pelajar yang ingin jadi top student la, pasal cinta lah, konflik la (masalah biasa dihadapi belia) tiba-tiba bertukar wajah menjadi drama ala-ala Dimensi Ke 4. Sememangnya ia bukan untuk makcik-makcik yang biasa-biasa tapi bagi mereka-mereka yang suka tonton drama bunuh-bunuh kot.
Walauapapun, saya rasa tindakan Haryani amat justified. Ini kerana pembunuh ayahnya bebas di luar sana. Dia hanya ingin penjelasan dan mencari siapa yang membunuh ayahnya. Setelah mendapat tahu bahawa Prof pembunuh ayahnya, dan juga Mak Long telah sembunyikan kebenaran, Prof telah membayar kos kehidupan, ini menambahkan amarah dalam dirinya. Ini yang menyebabkan dia untuk bertekad untuk balas dendam. Memang patut dibunuh sebab Prof fikir dia kaya boleh lepas dengan cara begitu sahaja? Fikir wang boleh selesaikan segalanya? Pui! Namun, saya hairan. Mengapa Prof boleh tak kenek tangkap eh? Polis buat apa haritu? Cuti? So ni macam kurang realistik. Padahal kemalangan jalan raya seh, pasti ada CCTV dan bahan bukti. Saya juga berpendapat bahawa Mak Long harus dipenjarakan kerana bersubahat dalam menyembunyikan kebenaran daripada pihak berkuasa!
(memang saya kata bunuh justified tetapi dalam drama sahaja, jangan kata saya hate speech advocator pulak)
Bagi pembunuhan Raquelle pula, saya rasa Haryani tak perlu pukul Raquelle ah. Cuma tunggu dia mati pelan-pelan je. Dengan cara begini, dia tidak akan dituduh membunuh Raquelle dan kejadian itu hanya satu kecelakaan yang tidak boleh dielak kerana Raquelle yang salah pe. Dia yang jatuh sendiri sak. Haryani cuma ingin pukul untuk puaskan hati.
Saya tidak pasti mengapa Haryani membunuh Pokai. Apa motif? Untuk memberitahu Mak Longnya bagaimana rasanya jika kehilangan orang tersayang?
Secara peribadi, saya rasa watak paling ketara dalam drama ini adalah Falsafah. Ini kerana tanpa watak dia, Raquelle tidak akan kejar Haryani pada malam itu dan dia tidak akan dibunuh. Falsafah olah-olah mengapi-apikan keadaan. Tanpa watak Falsafah, ini semua mungkin dapat dielakkan. Watak paling tak perlu adalah Guna-guna. Apakah sumbangannya terhadap drama ini yang memberi impak? Tidak ada. Malahan, watak Guna-guna tidak muncul dalam babak akhir! Wataknya setakat menimbulkan rasa cemburu sebab Raquelle tergila-gilakan Calbee.
Kepada watak-watak lain, saya harap mereka akan mencari kebahagiaan masing-masing. Batu bersama Hijabster, Guna-guna berjaya pikat perempuan lain, Falsafah berjaya menjadi PI dan Calbee akan ke negara Eropah untuk bernikah. Amin.
Ini semua tidak akan berlaku jika Prof mengaku bersalah semenjak dulu lagi. Dia yang membawa masalah ini kepada dirinya. Memang padan muka.
Anyway, A for effort sebab mati-mati nak tamatkan drama ini pada 11 Oktober. Saya suspect kuat mereka takde tajuk so macam ramalkan bila drama ini akan dijadualkan so they start from there. Dan mungkin Suria tidak akan lakukan tajuk sebegini lagi kerana bermasalah.
Bintang kerelevanan: kalau drama ni relevan dalam hidup kau, ratchet/5
Sesungguhnya drama ini tidak mencerminkan kehidupan uni yang sebenar.
Bintang belut berbelit: 4/5 sebab wow tak sangka.
Drama apa yang akan menggantikan slot ini eh?
Tahniah kepada pelakon-pelakon aka alumni Anugerah Skrin 2016: Syaiful ’Ariffin, Fadli Kamsani, Syafiqah Shahlan, Nurul Nadia, Danish Ashraf, Wirda Elliesa, Kamarul Arifin, Iskandar Shah, Shida Lestaluhu serta Farhana M Noor, Junaidah Eksan, Johan Jaafar dan Jasmi Ahmad kerana menjayakan drama yang agak berlainan ini!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle/fb)
[…] sekolah. Kesian si Wirda ni. Takde watak lain ke? Wataknya sebijik macam watak Raquelle dalam drama 11 Oktober. Tapi, saya tak terkejut jika dia diberi watak yang serupa sahaja. Muka dia prototype of mean girl […]
LikeLike
[…] Farhana […]
LikeLike
[…] Selalunya, si bukan pemenang yang dapat rancangan sendiri dan sebagainya (Where Yaya Hamid @ 11 Oktober?). Ataupun, semuanya senyap sahaja. (I’m waiting for your album, Nana […]
LikeLike
[…] Amelia top student la. Flashback 11 Oktober. Dan cita-cita dia tinggi eh nak bersara pada usia 30 tahun. Kawan dia malas nak layan dan belah ke […]
LikeLike
[…] pelakon setempat, Syairul Ariffin dan Biwa Mastura telah selamat diijabkabulkan hari […]
LikeLike