Perbincangan Rudy & Rilla: Episod 9 

Salam sejahtera, wahai pembaca yang setia mengeklik link blog ini ya. Jangan klik link yang akan bawa anda ke lelaman yang bakal menipu anda. Saya timbulkan topik perbualan ini kerana minggu ini dalam Rudy & Rilla, mereka telah bincangkan pasal kes-kes penipuan yang telah terjadi dan bagaimana harus kita elakkan diri kita daripada ditipu serta implikasinya.

Topik minggu ini: Musliha Muslihat.

Rudy dan Rilla memakai maroon kerana mereka sedang angau cinta atau ia sekadar lambang untuk menunjukkan kes penipuan yang berkaitan dengan cinta dan seks?

Dalam kes ini, si mamat kelabu telah membeli 5 biji speaker ke apa untuk dijual. Ini kerana dia ternampak speaker tu ON SALE. Lebih murah berbanding harga di kedai. Lagipun, beli 4, dapat 1 percuma. Dia pun beli dan menjual produk itu untuk mendapatkan hasil. Apatah daya, apabila bertemu dengan pelanggannya, produk tersebut bukan original! Bukan tulen. Walaupun ada sijil-sijil yang membuktikan bahawa produk tersebut merupakan yang original, dia sudah ditipu! Nasib pelanggan dia sedar. Kalau tak, dia dituduh menipu padahal dia sendiri LOST.

Dalam kes ini pula, dia menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. Orang di talian mengenalkan diri sebagai pegawai Post Office ke apa dan cakap pasal barang yang ditempah/dibeli secara dalam talian. Pegawai tersebut meminta butiran kad kredit mamat tu. Sudah terang kes tipu kan?

Wahai rakan-rakan. Saya tidak tahu mengapa ramai yang masih boleh menjadi mangsa penipuan secara online ataupun secara sekemuka. Di bawah saya sarankan beberapa panduan untuk mengelakkan diri daripada ditipu.

  1. Jangan memberi maklumat kad kredit kepada orang tengah ataupun sesiapa. Hanya anda yang berhak tahu maklumat kad kredit.Jika benar pihak di dalam talian merupakan pekerja dari bank, pekerja tersebut pasti tahu maklumat anda.
  2. Jika ingin membuat pembayaran secara dalam talian, pastikan syarikat itu syarikat yang berwibawa. Aka Zalora, PayPal, Asos, Masterpay dan sebagainya.
  3. Jangan melakukan pengalihan wang menerusi bank (bank transfer) yang melebihi $500. Atau jumlah yang anda rasa mencurigakan. Buat bayaran secara instalment. Bayar 40% dahulu, dah dapat produk baru bayar baki 60%. (Sebagai contoh) Pastikan anda tahu nama penuh individu yang menangani wang anda yang telah dialihkan.
  4. Jangan terpedaya dengan love scam. Tak payah nak jelaskan la eh.
  5. Jangan tuliskan cek kepada orang yang menangani urusan anda, tulis nama syarikat.
  6. Oh yes. Elakkan daripada membeli dari lelaman Fb yang menjadi orang tengah antara anda dan kedai. Beli sahaja dari kedai secara langsung.
  7. Gunakan aplikasi atau pergi ke syarikat yang berprestij dan rasmi. Memang lagi mahal tapi gerenti tidak ditipu!
  8. Kadang kala, ia agak terang jika penipu ingin menipu, sebagai contoh:
kestipu
Gambar dipetik dari FB

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini satu penipuan. Jangan jadi bodoh.

Saya ingin jelaskan lebih mengenai point nombor 6 iaitu pembelian menerusi pihak tengah. Ini kerana terdapat 2 jenis penipuan yang mungkin berlaku dan mangsa yang teruk adalah kita aka pembeli. Pertama, pihak kedai yang menipu, kita serta orang tengah akan menjadi mangsa. Kita juga mungkin menuduh orang tengah sebagai seorang yang tidak beramanah atau tidak tahu melakukan kerja. Siapakah yang patut kita minta ganti rugi? Orang tengah atau kedai? Kedua, jika orang tengah yang menipu. Setelah mendapat wang kita, dia tidak membeli barangan kita dan terus tutup akaun fbnya. Amacam? Bagaimana ingin kita laporkan kepada polis jika kita tidak ada apa-apa maklumat mengenai orang tengah tu. Oleh itu, secara peribadi, saya elakkan diri daripada memesan barang dari halaman fb yang agak ambiguous ini.

Itu sahaja panduan saya. Lantak kau nak ikut ke tak eh.

Saya sangkakan orang-orang kini lebih pintar. Saya ditipu. Jangan terpedaya dengan cinta dan seks ya!!!! Isu cinta sukar untuk dibahas sebab bila kau cinta kau ok je kasi je but pls eh behave. Sudah terang kalau belum jumpa dan meminta wang, ia kes tipu!!! Pasal culik tu… Telefon polis sua. Yang loteri tu paling tak masuk akal. Sebab kalau nak ganjaran $50,000 harus transfer $5,000 untuk bayar cukai la apa la. So pls jangan mudah ditipu!!!

Statistik yang amat mengejutkan ya.

Can y’all not.

Wang ni boleh membiayai kanak-kanak yang tidak mempunyai wang saku ke sekolah seh. Please you alllllll.

Pereka desain tidak mahu berjumpa di pejabat, tetapi berjumpa di tempat awam. Menyiapkan segala dokumen yang diperlukan, menerima cek atas nama sendiri. Ini semua tanda-tanda kes penipuan.

Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapat tahu bahawa si Gemok tu tipu pelbagai orang. Bukan sekadar pasangan yang inginkan rumah idaman, pasangan yang inginkan majlis perkahwinan idaman juga!

Dalam kes ini, saya hanya boleh berkata… Langganilah khidmat syarikat yang bertauliah. Dan jika sudah ditipu, cepat-cepat laporkan kepada CASE atau badan-badan tertentu. Antara tanda-tanda anda mungkin ditipu adalah apabila penipu berkata “takkan Melayu tanak tolong Melayu”. NO! HELP YOSELF.

Puan Rasimah Jar diundang sekali lagi.

Kepada 13%, harap insaf ye. Tolong kongsikan kepada saudara-mara jika ditipu agar perkara ini boleh dielak. Jangan nak takut jika anda jadi bahan ketawa! Buat apa nak takut. Kita bilang supaya penipu tidak dapat menipu saudara-mara kita. Anggapkan peristiwa tipu ini sebagai satu pengajaran. Once bitten twice shy gitew.

Ada pula bila ditipu, heboh-hebohkan di Fesbuk. Nama penuh penipu semua terdedah, “tolong viralkan”. Harap maintain kesofistikaan anda ya. Saya rasa tidak wajar untuk lakukan sedemikian, hanya laporkan kepada pihak berkuasa dan biarkan mereka lakukan apa yang patut. Jika penipu itu tidak tipu anda namun ada sebab-sebab lain? Nanti dia sue kau sebab fitnah baru tahu.

Natijahnya, jangan mudah terpedaya dengan benda-benda di online mahupun kontrak-kontrak yang too good to be true. Bak kata pepatah, all that glitter ain’t gold. Setakat labuci 50¢ je. Walaupun terdapat pelbagai kempen dan usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kes tipu ini, masih ramai yang terperangkap! Kini, kes tipu bukan sekadar melibatkan wang. Ada sijil ijazah bedek, bomoh pun bedek semua bedek la eh. Apa yang kita boleh lakukan adalah untuk sentiasa peka akan tren-tren kes-kes tipu yang sedang hangat dan elakkan daripada menjadi mangsa. Dan kepada orang yang menipu, harap insaf sebelum Dajjal tiba.

Frasa minggu ini:

MENANGIS

rr10.jpg

Sertailah tinjauan bagi minggu hadapan(klik gambar untuk sertai)! Jawapan saya, pindah ke negara Eropah sudah. Bye bitch.

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)

 

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s