Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku yang taat! Tetapi… Berapa ramai daripada anda taat kepada ibu bapa? Sanggup korbankan kesenangan demi kegembiraan ibu bapa?
Dan itulah topik minggu ini, Kasihnya Ibu. Bak kata pepatah, 1 ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu!
Berlapis-lapis si Encik Rudy ni pakai. Kesian aku tengok. Si Rilla pula pakai apa???
Dalam kes ini, abangnya ingin bercuti dan mahu ibu tinggal bersama adiknya buat sementara waktu. Namun, si abang bilang pada minit-minit terakhir, macam mana si adik tak bingit? Adiknya merupakan pekerja sepenuh masa. Walaupun dia ada tukang gaji, tukang gajinya ada tugasan lain. Lagipun, kalau dapat jenis maid yang tahu akan hak-haknya sebagai pekerja amacam? Nanti dia saman sebab kenek buat kerja ekstra.
Pada pendapat saya, harus ada perancangan kalau nak ke luar negara dan mahu menempatkan ibu di rumah adik-beradik. Perkara sebegini harus dibincangkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum berangkat. Bukan esok berangkat, hari ini baru nak bilang. Itu kejam namanya. Tambahan, bawa je la ibu melancong. Dapat pahala bahagiakan ibu.
Si abang pun menghantar ibunya ke rumah Mak Su dan bayar $200. Hmmm untuk 2 minggu? Ye la tu.
Sudah hampir sebulan tetapi ibu mereka masih di rumah Mak Long. Kalau saya, tak payah call. Serbu je rumah anak-anak dia.
Kepada ibu bapa di luar sana yang layak untuk memohon, MINTAK JE.
221 kes dilaporkan, kes yang tidak dilaporkan? Hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Menurut tetamu undangan minggu ini, Encik Mohd Shariff Mohd Yatim, penolong setiausaha agung Jamiyah, ia menjadi lumrah untuk meminggirkan golongan bapa kerana sifat bapa yang sentiasa tiada di rumah. Kerana bapa mencari rezeki di luar, presence seorang bapa tidak begitu ketara oleh itu, anak-anak lebih cenderung untuk tidak hiraukan bapa berbanding ibu.
Adakah 19% kes yang ditarik balik disebabkan diugut oleh anak-anak atas sebab “malu” atau dapat diselesaikan secara damai antara mereka sendiri?
Mungkin ada segelintir ibu bapa yang tidak menerima wang daripada anak-anak mereka dan tidak mahu mengetengahkan hal ini kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu membuka aib sendiri atau tidak mahu mencemarkan nama baik keluarga. Namun, pada pendapat saya, saya rela malu daripada hidup merempat tak tentu arah. Biar orang tahu anak saya ni macam sial. Katanya “dah nasib”, FLASHNEWS: nasib boleh diubah.
Saya ada soalan, bagaimana jika seseorang anak memberi wang bulanan kepada ibu bapa tetapi tidak meluangkan masa bersama, tidak memberi sokongan emosi, tidak berjumpa ibu bapa? Bayangkan seorang pasangan tua yang tinggal di flat satu bilik tetapi loaded sebab anak kasi wang tapi waktu CNY takde orang datang?
Cakap pasal CNY, saya ingin tahu statistik jumlah orang tua di rumah orang-orang tua mengikut jantina dan bangsa. 😉
Malangnya, bukan semua orang berfikir seperti Cik Zaiton Alwi. Saya tidak nafikan bahawa cara begini tidak menyusahkan sesiapa. Tetapi, pada realitinya, orang Melayu ni memang suka dengan keluarga, bergantung pada keluarga, keluarga segalanya. Bolehkah kita daftarkan diri ke hospice/rumah orang-orang tua padahal adik-beradik kita atau anak-anak mati-mati nak jaga kita?
Ada pula ibu bapa yang agak demanding, meminta-minta apa yang di luar kemampuan anak, masih ingin menjadi authoritative figure di rumah. Ini menyebabkan anak dan ibu bapa bertelagah (wow perkataan baru sebab Rilla gunakan) dan oleh kerana itu, jalan penyelesaian…hantar je ke rumah orang-orang tua. Jadi kepada awak-awak yang bakal jadi ibu bapa kelak, harap sedar bahawa anak-anak merupakan pelaburan dan berbaik-baiklah dengan anak agar anak berbaik-baik dengan anda pada masa hadapan. Pada pendapat saya, it works both ways ah. Pada masa yang sama, kita harus menjadi contoh kepada anak kita. Layanilah ibu bapa kita sebaik-baiknya supaya anak kita akan lakukan yang sama kepada kita. Dan kepada anak-anak, walaupun ibu/bapa merupakan orang yang bengis/suka mendera secara fizikal/lisan, ingatlah…diorang masih ibu bapa kita so… Jaga je. Tiket ke Jannah insyaAllah. (Saying this 2 myself 2)
Ibu terdengar perbualan mereka. Si abang ingin pindah ke rumah kecil dan terpaksa meletak ibu di rumah adiknya. Adiknya tidak mahu, jika betul-betul tiada pilihan, abangnya harus bayar tukang gaji lagi satu. Ni dua-dua tanak jaga, tapi bila mak dah meninggal dunia, nak mintak harta. Kepada ibu bapa semua, harap tulis wasiat ya dan wasiatkan harta kepada badan-badan organisasi yang memerlukan seperti SPCA ke apa la eh. Cos that’s what I’d do. But then again saya rasa saya akan habiskan wang saya sebelum saya mati ah cos kalau mati w >$500 di dalam bank macam wasted.
She be independent and walked her way to old folks’ home.
Saya harap generasi yang lebih muda dan lebih berpelajaran ini akan membuat perancangan awal mengenai hari tua mereka ah eh. Let’s be healthy and live on our own sampai mati like those in Western countries. CHEY.
Encik Nizar Mohamed Shariff, pengasas Free Food For All, membahagi-bahagikan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Secara keseluruhan, kita sebagai orang Melayu harus berbalik kepada agama. Memang susah menjaga ibu dan bapa tetapi pernahkah kita terfikir jerit perihnya menjaga kita semasa kita kecil? Adakah kita benar-benar bahagia sekiranya kita tidak pedulikan orang tua kita? Hati kita tenteram ke? Fikirkanlah.
Frasa minggu ini:
BUAT DEK
ISTG kalau Rudy Marican seorang ustaz, pasti syarahan serta hujahannya amat menusuk kalbu dan semua orang taubatan nasuha sebelum Dajjal tiba.
Setentunya tidak sebab lesen memandu pun takda. Mestilah tidak! Kalau dia bawak pergi Johor dan jual tayar, jual ni jual tu? MAMPUI. (klik gambar untuk ambil bahagian dalam tinjauan!)
Itu sahaja daripada saya!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos are from Mediacorp Suria’s Toggle)
[…] je lelaki dipersalahkan! Padahal kita tak tahu apa punca penceraian itu pun. Harap tonton Rudy Rilla untuk get […]
LikeLike
[…] dan minggu seterusnya, minggu peperiksaan akhir. Kepada anda yang menantikan entri perbincangan Rudy & Rilla, usah khuatir, saya akan tetap tuliskan entri tersebut hanya kali ini saya bakal menyatukan episod […]
LikeLike