Salam sejahtera dan salam Febuari, wahai pembaca setiaku! Sesungguhnya anda semua banyak dosa dan oleh itu, Suria terbitkan drama pasal Pak Ustaz! Tajuknya, Kisah Tok Kadi. Ini agar kamu semua akan tersentak dan mungkin tobat apabila mendengar kata-kata nasihat daripada Ustaz Shahrul dalam drama ini.
Pelik. Kenapa Suria ada drama kahwin-kahwin lagi eh? Haritu ada cerita Demi Cinta. Adakah kerana pihak pemerintah mahu orang Melayu kahwin secara sah dari segi undang-undang negara? Adakah ini strategi untuk meningkatkan kadar populasi di Singapura? Hmmm…
Sungguh comel ya Tepak Sireh ini yang sebenarnya menunjukkan #KisahTokKadi!
Oh yes, ikuti hashtag di atas kerana saya bakal mengadakan sesi Tweet secara langsung di Twitter!
Saya tak faham kenapa ada mata jin yang berkepit di sebelah setiap huruf?? Kalau satu dua takpalah. Ni berlambak sak!
Keluarga bahagia! Dia punya opening credits macam water colour paint? Haha lawa ah.
Jom kita lihat apa yang berlaku pada episod pertama drama baharu ini!
Episod 1
Wow Tok Kadi muda! Dia dapat duit kerepot sebab bapak pengantin dah ronyokkan abeh bagi dia time salam. Saya ingatkan kalau bayar Tok Kadi (Ustaz Shahrul) sebelum atau selepas majlis. Bukan eh? Tak tau lah cara apa diorang ikut. Apa pandangan anda? Bagaimana anda membayar khidmat Tok Kadi?
Pada babak ini sahaja, saya berpendapat bahawa lakonan Beto Kusyairy (urgh ejaan nama mengelirukan) amat meyakinkan! Beliau dapat menghayati watak Tok Kadi dengan mendalam. Gerak-geri serta cara perbualannya amat berkesan dalam membawa watak seorang ustaz. Amat tenang dan kononnya ada cahaya nur di mukanya. Patutlah menang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin tahun lepas!
Wow Ustaz pergi alter baju agar kelihatan segak. Maklumlah, single. Mana tahu ada anak dara terpikat apabila bekerja? 😉
Terkejut si tukang baju (Faisal Ishak) apabila dapat tahu bahawa anak muda ni Tok Kadi haha. Dia sangkakan bahawa semua tok kadi dah tua dan berpunya. Rakan Tok Kadi, Isa, membawa Shahrul ke kedai untuk beli baju sebagai tanda terima kasih.
Ini Nisa dan ibunya. Abang Nisa baru sahaja putus tunang. Untuk selamatkan muka, ibu Nisa menyuruh Nisa mempercepatkan majlis perkahwinannya. So kirakan Nisa menggantikan tempat abangnya lah. Ini kerana ibu Nisa telah menjemput saudara mara di luar negara!
Wow ustaz cakap “kau aku” eh tak pernah dengar hahaha. Eh subtitles salah sak? “ball is torn”? Boot la. Diorang nak main bola sampai bola koyak hahaha.
Nisa cuba bawak berbincang dengan pakwe dia, Danish. Danish kata ok la ini pun boleh lembutkan hati ibu Nisa yang tak sebuluh dengannya.
Si Tok Kadi sedang kira duit ronyok yang dia terima. Sambil-sambil, Mak dia tanya soalan cepumas. Semua orang bagi duit ronyok ke? Tak ikhlas langsung!
Hmm nak menantu… Soalan standard.
Nampaknya, mereka berdua tak perlu berbelanja sesen pun! All expenses paid! Pihak lelaki hanya harus risaukan mas kahwin dll. Lain semua beres. Tapi diorang dah pergi kursus rumahtangga ke belum? Itu paling penting.
Siti tu kau hahaha. Nisa tidak suka dengan jurugambar yang free daripada abangnya itu. Entah kenapa? Sebab gambar tak cantik? Atau sebab woman rivalry?
Saya berpendapat bahawa lakonan Siti Khalijah kurang sesuai untuk TV? Saya rasa dia stick to theatre je lah eh. Mereka berdua sedang berbincang tentang tempat untuk mengadakan akad nikah. Mereka inginkan sesuatu yang istimewa dan lain daripada yang lain.
Haha kat chalet la! Dalam boleh, luar boleh HAHAH. Tapi kreatif juga, ya?
Mak dia melenting la. Tapi si Nisa kata yang lain semua telah dirancang dan ditetapkan oleh ibunya. Biarlah lokasi akad nikah dipilih oleh mereka. Majlis ini pun majlis diorang juga.
Iklan: Minumlah Air Anugerah. Ini kerana air paip tidak beralkali seperti air anugerah. Air paip mengandungi kadar asid yang tinggi yang boleh menyebabkan anda mati. Belilah air anugerah pada harga $2/botol. Jangan minum air paip yang harganya amat murah, in fact, berapa sen je. Kerana teknologi PUB tidak begitu canggih untuk menjernihkan air yang selamat untuk diminum. Bagi anda yang telah mengikuti blog ini dari dulu lagi, anda pasti tahu bahawa saya anti-bottled water. Water ya not drinks. Read it here.
Tahukah anda bahawa anda tidak perlu bayar sesen pun jika anda top-up botol air anda di water cooler?? Haus aku tengok gif di atas.
Wah wah Lydia Asyiqin malu ke? Comey la dia hahahaha bye.
Ini sepupu isteri Isa, Humairah, dia memberi hadiah untuk anak Isa yang baru dilahrikan.
Eh eh ustaz tak tau nak lower your gaze ke? Astagha.
Chey macam tak percaya ke Humairah bagi salam? Macam lambat sesaat nak jawab.
Ohh… Ustaz Shahrul merupakan senior di sekolah dahulu dan dia pernah tulis surat, hahahaha cute?
?? Mak dia nampak anak Isa abeh Shahrul kata stalk? Padahal memang ada kat timeline sak.
Di sini kita lihat adanya jurang generasi antara ibu dan anak. Ibu ingin kad dihantar secara semuka agar ia nampak ikhlas namun si anak berfikir secara logik dan rasional supaya dapat menjimat masa, wang, tenaga dan bumi. Tepuk dada tanya selera la eh. Asalkan yang dijemput hadir ke majlis.
Mak dia pun mnl lol
Danish berjumpa rakannya untuk memberi kad jemputan. Secara kebetulan, rakan dia seorang jurugambar. Dia pun mempromosikan pakej fotografinya dengan “Magic Hour” ke apa.
Oleh kerana Nisa tidak suka dengan jurugambar yang percuma, Danish sarankan agar beliau mengambil khidmat rakannya dan jurugambar percuma tu dianggap sebagai back up. Beliau juga kata pasal Magic Hour tu…
Mereka berdua bertanya Tok Kadi sama ada mereka boleh bernikah pada 630 petang kerana ingin gambar akad nikah mereka melatarbelakangkan matahari terbenam. Oh… Tu la Magic Hour yang diorang heboh-hebohkan!
Tok Kadi terkejut sebab tu kan zon waktu senja! SYAITONNE berkelumuran! Namun mereka berjaya meyakinkan tok kadi untuk datang jam 6 petang dan chopchop jalankan akad nikah pada hari itu kelak.
Tok Kadi pun terpaksa setuju. Pelik eh? Bukan ke tok kadi selalu sibuk? Bila kat majlis perkahwinan, mereka selalu mengejarkan masa. Nampak muka diorang je, nikah lepastu diorang belah. Diorang tak sental pun hidangan yang disediakan!
Mas kahwin sebentuk cincin. Namun cincin tersebut merupakan harta pusaka. Boleh ke dibuat mas kahwin?
Tak perlu risau kita whatsapp je Tok Kadi untuk meminta keterangan.
Bagus eh tok kadi ni? Bolehlah orang muda rujuk kepadanya melalui wadah media sosial. Mengikut peredaran zaman katakan! Cakap pasal media sosial, jangan lupa untuk ‘Like’ saya di Fesbuk!
Ibunya membelikan sebuah beg kepit agar dapat dia simpan duit kepul-kepulan yang dia terima semasa di kerja, haha. Tapi dia tanak sebab kelihatan seperti BJ Kadir wanita. Tapi, mak dah beli… Amek je la.
Eh mak pengantin pun sesat kat chalet ke? Hahaa
Nampaknya, ada masalah sedikit. Baju pengantin koyak?
Ekcili, mereka ni nak menangguh masa agar dapat bernikah pada waktu matahari terbenam! Astagha. Tak islamik langsung! Tok Kadi boleh setuju pulak? Dia dah tempah Tok Kadi berapa jam eh? Takde logik!
Alamak! Mak Andam muat naikkan gambar Nisa di Ig! Dah pecah tembelang mereka…
Mereka kurang selesa dengan tempat nikah ni! Hahaha, kesian mak dia mengamuk habis!
Ustaz dah jadi macam waiter pulak? Si Siti, (jurugambar percuma) agak terkejut apabila Tok Kadi memberi tahu bahawa pengantin belum siap. Padahal gambar dah dimuatkaikkan ke ig haha.
Apa lagi Mak dia marah la hahaha. Macam harimau buas rawr! 🐯
Oh no cincin pusaka tercicir!
Nampak cantik pulak ada gerbang kat jeti ni eh? Hahaha. Idea baharu untuk bakal pengantin.
Oh no! Mana mas kahwinnya? Huru-hara jadinya!
Mereka terpaksa menjalankan akad nikah selepas maghrib! Haha, tak jadi Magic Hour lol. More like hours before disaster.
Nisa menyalahkan Siti kerana menunjukkan gambar kepada ustaz. Si Nisa benci sangat pada Siti eh? Macam saya eh, benci seseorang tanpa sebab kukuh! Dia pun menghalau Siti dari majlisnya! Dahsyat!
(Totally loving the theme for this akad nikah)
Lol
Kasihan seh loe dihalau. Tak dapat bayar yuran tuisyen adiknya. Hmm nampaknya watak ini bakal dikembangkan lagi pada episod hadapan. Saya rasa antara sebab mengapa gambarnya tidak cantik sebab dia bukan jurugambar bertauliah? Dia melakukan kerja ini sekadar untuk menampung kos kehidupannya?
We plan but Allah determines.
Magic Moments di katil semasa beryoohoo. Tu paling penting ye, malam pertama.
Ala takpelah, ini semua lumrah kehidupan!
Haha sia-sia dapat beg kepit tapi terima duit dalam bentuk bunga?
Ustaz pun memuatnaikkan gambar sejambak duit (??) itu di instagram. Wah boleh gitu? Upload duit kat instagram? Nak orang curi ke? Riak ke ustaz?
Si mentel pun terbuka gambar tersebut. Apa tunggu lagi? Slide into DMs la! Macam tak faham je.
Eh eh ustaz perasaan? Padahal like gambar je, jangan nak berlebih eh. Kalau dia like gambar kau 48 weeks lepas ok la boleh kembang sikit!
Hmm… Episod pertama agak lucu dan menghiburkan. Kita dapat tahu penghabisannya. Humairah dan Ustaz Shahrul bakal bernikah. Mungkin ada konflik bakal berlaku? Tak tahu la eh. Siti pula macam ada masalah keluarga je?
Saya juga berpendapat bahawa drama ini kurang realistik! Saya pasti ramai yang tahu jadual seorang Tok Kadi sememangnya amat sibuk sekali. Jadi kurang praktikal jika seorang Tok Kadi sanggup menunggu berjam-jam semata-mata untuk menikahkan sepasang pasangan ini, bukan.
Saya suka dengan watak Ustaz Shahrul ni. Kenapa dia masih single eh? Takde wanita yang nakkan dia ke bila dia nikahkan orang. Takde perempuan yang sempat buat smooth action bila dia menikahkan seseorang ke? Haha. Segak, tampan, berjaya. Hmm.. Calon panas ni!
Tok Kadi ni pun Tok Kadi moden. Jika ada persoalan, boleh hubungi beliau menerusi media sosial! Bagus. InsyaAllah, Tok Kadi akan datang akan mencontohi watak ini agar dapat memenuhi permintaan generasi Milenia!
Mungkin, pada episod-episod hadapan, kita dapat lihat lebih banyak karenah bakal mempelai yang terpaksa diharungi oleh Tok Kadi. Bagus ye, tak pernah Suria adakan cerita yang mengutamakan watak seorang Tok Kadi! Syabas Suria!
– Pengkritik Sandiwara
(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)
“Tok Kadi ni pun Tok Kadi moden. Jika ada persoalan, boleh hubungi beliau menerusi media sosial! Bagus. InsyaAllah, Tok Kadi akan datang akan mencontohi watak ini agar dapat memenuhi permintaan generasi Milenia!”
Drama ni berdasarkan pengalaman sebenar seorang naib kadi (mula as a kadi bujang but married now) di Singapura kerana hastagnya #kisahtokkadi di laman sosialnya. Sila rujuk Facebook atau mana-mana ruang media pasti anda akan jumpa. Dah ramai juga rasanya Kita Ada such a ‘high-tech’ solemnizer skrg ni.
Apapon syabas atas synopsis anda. Hopefully you get to grab the message of the drama. And spread that message to the masses. 🙂
LikeLike
Yup, saya difahamkan bahawa drama ini serba sedikit diilhamkan oleh pengalaman seorang (atau beberapa orang) Tok Kadi.
LikeLike
Based on naib kadi – Ustaz Zahid Zin. Ref: Manja magazine; twitter Beto, Seriwahyuni and the drama credits.
LikeLike
[…] sebab saya kurang sihat haritu. InsyaAllah, entri kali ini akan lebih oomph. Nampaknya, entri Episod 1 amat memberangsangkan. Dah ada 300++ views! Alhamdulillah. So, saya bercadang nak buat satu episod […]
LikeLike
[…] episod 3 dan tiada perkembangan watak pun. So, obvsly Humairah akan kahwin ustaz kan? Hahaha. Pada episod 1, dia tak dapat bayar yuran tuisyen adiknya. Ni, nak pergi dialisis la. Apa masalah […]
LikeLike
[…] Hehe. Shahrul memberi sepucuk surat yang ditulis Humairah semasa di bangku sekolah dahulu. Peliknya, kertas itu masih garing. Saya hampir terlupa bahawa mereka dahulu sama sekolah dan Humairah ada crush kat Shahrul dahulu. Ini kerana ia hanya disebut sekali dalam episod 1. […]
LikeLike