Anugerah Skrin 2016: Pusingan B1

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku! Apa khabar? Nampaknya anda semua masih bernafas dan bernyawa dan sempat menonton episod/minggu kedua peraduan realiti Anugerah Skrin 2016. Kepada anda yang telah meninggal dunia sebelum 2 Febuari, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. (??? entah kenapa otakku berfikir secara begini waktu malam)

Seperti yang anda semua tahu, minggu ini kita telah melihat Kumpulan B beraksi di pentas Anugerah Skrin buat kali pertama. 2 orang telah terkeluar daripada kumpulan A. Nak tahu siapa? BACA. Jangan malas. Siapa pula yang bakal disingkirkan pada minggu ini ya?

KumpulanB

Jom kita lihat video di mana para peserta terpaksa berlari dan melompat terkinja-kinja di padang bola tertutup sebab Suria bajet.

Sekarang, mari kita kenali para peserta Kumpulan B.

Seperti biasa, saya amat kagum dengan Suria kerana para peserta-peserta semua ada pelbagai bentuk, saiz, warna kulit dll. Seperti #TheDollEvolves

barbieevolves
photo from Barbie’s FB
Hmm… Kepada anda-anda yang ingin ikuti abam-abam atau si manis di ig, saya dah sediakan link ig mereka. Ini khas untuk rakanku, @CT_Suhailah sebab dia memang nak stalk jantan.

https://www.instagram.com/skrinfadli/

https://www.instagram.com/skrinyasmin/

https://www.instagram.com/skrinsyaiful/

https://www.instagram.com/skrinwirda/

https://www.instagram.com/skrinmursyid/

https://www.instagram.com/skrinsuharti/

https://www.instagram.com/skriniskandar/

https://www.instagram.com/skrinyaya/

https://www.instagram.com/skrinfarid/

https://www.instagram.com/skrinain/


 

IMG_9221

Di sini, para peserta mengenalkan diri mereka. Saya amat kecewa kerana para peserta melihat ke arah lantai apabila menurun tangga. Itu tidak bagus untuk TV, ya. Harap-harap dalam masa akan datang, para peserta (terutama sekali wanita) tidak akan melihat lantai/arah bawah sebab tiada eye contact dengan kamera! Mungkin Miss Universe kita Nuraliza Osman boleh ajar diorang?

IMG_9222

Kan cantik sikit baju tu. Bukan macam minggu lepas apa entah si Shah Iskandar pakai? Hensem harini. Si Huda Ali pun manis tapi baju peplum masih laku eh?

Screenshot (21).png
shah iskandar looks damn sek here?? Huda Ali eyes wow smizing
IMG_9223

Eh eh betul punya senyum Sharon Ismail? Senyum gembira sebab #InternsTheSeries bakal ada musim kedua! Tu pun tadi pergi penggambaran Interns kan? Tak tau Interns cerita apa? Klik di sini!

IMG_9224

Nampaknya, tema pakaian para juri minggu ini adalah telajang ataupun nude.

IMG_9225

Oh bukan eh? Oh yes, apabila ingin mengenalkan Rosita Hussin sebagai juri undangan, Huda Ali dan Shah Iskandar dengan selambanya kata “juri tetap”? Pelik, mereka dua tak sedar ke? Namun, setelah itu, muka Huda Ali macam off sikit mungkin dia baru tersentak hahaha.

IMG_9226

Azhar Nor Lesta merupakan guru lakonan untuk Kumpulan B. Namun, Rilla Melati tetap menjadi mentor untuk pengacaraan bagi dua-dua kumpulan? Kesian dia kenek buat double work? LOL.

IMG_9236IMG_9229

Untuk memulakan pertandingan, Syairul Ariffin dan Ain Zainal memainkan babak di mana saya rasa agak berat. Si isteri amat ghairah untuk memberitahu si suami bahawa beliau hamil. Namun, si suami pula ada berita terkejut untuk si isteri! Suami HIV+! Lakonan Syairul amat wow sebab dia nangis?? Tapi saya berpendapat bahawa tangisan itu agak keterlaluan. Saya rasakan bahawa satu dua titisan air mata cukup ah. Ni dia nangis bergayung siok. Saya rasa ada situasi di mana kita akan menangis sehingga mengisi River Nile tapi ni macam tak perlu? Like, there’s varying degree of sadness kan? Lakonan Ain pula agak memuaskan. Dapat lihat watak seorang isteri. Kasihannya, Ain tidak dapat menitiskan airmata padahal dia yang sepatutnya lebih sedih, kan? Pengacaraan pula saya rasakan bahawa masih ada unsur-unsur konsert sekolah waktu assembly! Apabila Ain berbual, si Syairul tercegak kat situ menunggu Ain habis berbual. Saya nak tengok macam geli ah? LOL.

IMG_9240IMG_9232

Pasangan kedua, Iskandar Shah dan Yasmin Arissa. Mereka memainkan watak sepasang suami isteri yang sedang bergaduhan kerana sang suami ni kononnya “househusband” tapi tak boleh harap. Intonasi Yasmin (kededua lakonan dan pengacaraan) agak kekok dan tidak menonjol. Seperti beliau masih menyimpan suara untuk masa depan sebab… Entah? Iskandar Shah pula ok dan seperti Khairudin Samsudin berkata, dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Space awareness is important! Bukan itu sahaja, tiada keserasian antara mereka berdua apabila berlakon?

IMG_9227IMG_9235

Seterusnya, Fadli Kamsani dan Suharti Amy. Suara Suharti Amy ni kadang-kadang saya dengar macam tengok cerita kanak-kanak ada, kadang-kadang macam pembaca berita pun ada. Dari segi lakonan pula, saya dapat mengenali Suharti sebagai seorang individu dan bukan watak yang beliau cuba memainkan. And itu tak bagus lah kan? Kerana mereka sepatutnya memainkan watak dan bukan menjadi diri mereka sendiri! Lakonan Fadli pula saya rasa amat bagus sekali. Agak meyakinkan. Cuma gerak-geri kadang-kadang saya rasa.. Perlu ke? Duduk… Berdiri… Half duduk abeh terus serangan jantung lolz.

Dan seperti apa juri undangan katakan, sketsa-sketsa harus ada build-up, backstory dll. Ini menimbulkan satu soalan! Siapakah yang menulis dialog mereka? Siapakah yang menulis skrip mereka untuk sesi pengacaraan? Ini kerana ada barisan ayat yang amat janggal dan tidak kena juga! Ataupun itu sekadar cara penyampaian mereka eh?

IMG_9230IMG_9238

Giliran Muhd Mursyid dan Yaya Hamid pula. Pada pendapat saya, pengacaraan mereka berdua boleh dipertingkatkan lagi. Best kalau mereka tidak berdiri 45degrees? Saya faham korang nak berinteraksi dengan co-host tapi penonton kan kat depan? Sketsa mereka antara yang terlemah daripada 5 sketsa! Salah satu faktor adalah mungkin kerana babak mereka iaitu konflik semasa menunggu teksi? Mursyid seolah-olah menurunkan markah mereka berdua kerana saya rasa beliau menganggap ini sebagai peraduan Kolej Komedi??? Selain itu, watak Yaya yang sedang sarat mengandung macam kelakar eh? Bunting macam tu nak pergi labour ward pun sempat pakai lawa-lawa. (Saya dah sentuh isu pemakaian pada minggu lepas kan? Tak dengar kata budak-budak ni). Secara jujur, saya tak suka lakonan Mursyid la it’s gross? He was just trying? Tiada interaksi serta pemahaman antara Mursyid dan Yaya pun?? Lakonan yang tidak realistik.

IMG_9233IMG_9241

Dan yang terakhir sekali, Farid Azhar dan Wirda Elliesa. Saya amat suka dengan suara Wirda yang agak seksi??? Hhahaha. Kepada Farid, hmm ok ok sederhana. Tidak terlalu wow. Lakonan mereka pula agak meyakinkan. Farid seorang pesakit yang telah hilang ingatan. Wirda pula seorang pakar fisioterapi. Kita dapat lihat kemarahan Farid yang inginkan kehidupannya balik namun dia ni hilang ingatan ke tak eh?? Wirda pula wow suka sentuh-sentuh. Which is good la sebab dia nak tenangkan pesakit dia. Tapi keterlaluan ke tidak saya tak pasti la eh sebab kalau doktor lawa sentuh saya, saya pergi doktor tu hari-hari hahahha.

Saya juga agak kecewa dengan kandungan VT para peserta di mana mereka harus mengenalkan diri mereka kepada para penonton. Ada yang berkongsi kelemahan mereka? Which I think is wasted sak. Kau sepatutnya berbual pasal bakat kau yang terpendam or what agar orang luar dapat scout kau ke apa kan? It’s free advertising sak. Abeh cakap pasal tak makan pizza, takut lipas la, tidur dengan nenek? Huh???

IMG_9239

Wow, mereka yang tweet dengan #AnugerahSkrinSuria dapat muncul di TV. Minggu depan I nak appear kat TV. Ikuti saya di Twitter!

IMG_9243

Saat yang dinanti-nantikan. Mereka memakai warna biru kerana mereka yang terkecundang akan dicampakkan ke Lautan India.

IMG_9246

YES! Mursyid keluar hahahahahahahaha. Kepada Yasmin, jangan putus asa, ya! Sekali lagi, saya amat setuju dengan keputusan pengadil kerana mereka berdua memang yang terlemah.

IMG_9248

Anda semua tahu bahawa juara Anugerah Skrin dapat bawa pulang $20,000 setiap seorang. Namun, ada hadiah sampingan. Paling Popular. Tu online voting. Ni untuk mereka yang diminati ramai walaupun tak dapat menang ah. Undian hanya dibuka pada 9 Feb. Bonus: WHAT IS RADIGLOW???


 

KVZI9304

Kini, hanya tinggal 16 peserta sahaja. Cabaran apa yang menunggu mereka. Saya berharap mereka semua diberi cabaran yang lebih up dan meningkatkan prestasi masing-masing!

Sebelum itu, saya ingin syorkan agar mereka semua pergi buat braces la wth? Terutama jantan-jantan. Wah nampak segak dan sado tapi bila mukak mulut… Berlapis sak. Kalau menang $20,000 tu, pergi buat gigi. Biar elok sikit.

Jangan lupa untuk ‘Like’ saya di Fesbuk! Kalau awak like, saya doa awak strike toto murah rezeki.

Itu sahaja daripada saya! Kalau tersinggung hati, harap merangkak ke dalam recycle bin agar anda dapat dikitar semula menjadi barang yang lebih berguna untuk bumi ini.

Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Facebook and Toggle)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s