Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sememangnya, ramai orang kini sedang binge watch drama popular, Anak Metropolitan! Sama lah, sis pun begitu jua. Dan jika dahulu, sis hanya berumur 10 tahun apabila Anak Metropolitan bersiaran di Suria.
Kini, pada usia 35 tahun dan berkeluarga, barulah faham dengan mendalam, apakah mesej tersirat dan tersurat yang disampaikan melalui karya yang amat hebat ini.
Kalau dulu tengok, mesti cakap Remy dan Ruby ni samseng. Tanpa tahu sebab mengapa hidup mereka terbengkalai. Jadi, setelah sis menelaah musim pertama, sis akan buat analisa perwatakan watak-watak penting Anak Metropolitan 1 dan membuat tafsiran serta ramalan kehidupan mereka!
Analisa ini hanya berdasarkan musim pertama.

Shanaz
- anak bongsu
- pelajar aliran normal
- tidak begitu pintar jika dibandingkan abang dan kakak
- oleh kerana abang dan kakaknya pandai, dia punyai jangkaan yang melampau ditetapkan ibu dan bapanya
- tidak cukup kasih sayang oleh ibu dan bapa, antara punca mengapa Shanaz bercampur dengan budak-budak nuckerl
- dimasukkan ke dalam geng secara tidak oleh pakwenye, Amir, kerana Amir memang dalam geng ni
- tidak disukai Ruby
- menjadi bahan buli di dalam geng
- disukai Remy
- kehilangan tempat mengadu setelah pemergian Amir
- menjadi saksi kepada pembunuhan Amir, ini menyebabkan dia kemurungan
- ibu dan bapanya tidak endahkan, atau ambil ringan kesihatan emosinya
- serik dibuli, Shanaz henti bergaul dengan budak nuckerl dan fokus kepada pelajaran
- Michael menjadi pengganti Amir, besar kemungkinan ‘rebound’
- anggap Michael sebagai teman belajar pada mulanya, lama-lama jatuh cinta
- tapi malangnya setiap lelaki yang dicintainya terpaksa pergi daripada hidupnya
- lulus peringkat ‘N’, dan maju ke peringkat ‘O’ pula

Amir
- pakwe Shanaz
- amat melindungi Shanaz
- sanggup gadai nyawa (lit rally) untuk Shanaz
- tidak hiraukan hierarchy dalam geng, chong sendiri pun dia gertak
- dari keluarga kaya
- punca masuk geng: tak pasti
- walaupun dia yang memasukkan Shanaz dalam geng, dia jugalah yang perlahan-lahan jauhkan Shanaz daripada geng
- mati ditikam oleh Remy apabila Remy bersemuka dengannya

Remy (Ramlan)
- chong kumpulan geng dia
- matair kepada Ruby, tapi mungkin ada hati terhadap Shanaz
- tidak tahu menahu bahawa Ruby telah pukul bantai Shanaz
- dia fikir Amir tunjuk belang bila tak nak bercampur, tapi dia tidak tahu perkara sebenar
- amat marah apabila dapat tahu Ruby pukul ahli geng sendiri
- tak nak malu, dia pun ingin lecture Amir agar jaga Shanaz dengan betul
- tertikam Amir apabila bersemuka
- dipenjara dan mula rasa menyesal atas kelakuan
- punyai masalah peribadi di rumah: ibu bapa cerai, ibu kahwin baru, bapa menghilang – dia diabai, tidak suka keluarga baru

Ruby
- awek Remy, ketua geng (female dept)
- tidak suka Shanaz sebab cemburu
- tahu bahawa Remy ada hati dengan Shanaz
- buli Shanaz sebab insecure
- anggap Shanaz sebagai punching bag, tempat lepas geram
- dihantar ke rumah budak-budak nakal perempuan
- cuba larikan diri tapi gagal
- tidak boleh sesuaikan diri di Girls’ Home
- amarahnya datang dari tempat gelap di mana dia sering melihat ibunya didera oleh bapanya, oleh kerana itu, dia panas beran
- takut dia akan jadi seperti ibunya yang sering dipukul bantai

Michael
- buddy Amir di sekolah
- selalu dampingi Amir untuk belajar
- budak Ekspres
- setelah kematian Amir, dia menjadi kawan dengan Shanaz
- ingin Shnaz lulus N level
- punca mengapa Shanaz berubah
- bercinta dengan Shanaz
- punyai masalah tersendiri di rumah, tapi tidak beritahu Shanaz pada mulanya
- seorang abang yang bertanggungjawab
- terpaksa tinggalkan Shanaz untuk ke Kanada, bersama adiknya, Jessica

Ibu Shanaz
- selalu buruk syakwasangka terhadap Shanaz
- kata Shanaz anak tertukar di hospital
- ingin Shanaz jadi budak baik
- tidak luangkan masa yang banyak bersama Shanaz
- ingin kredit kepada perubahan Shanaz padahal dia tidak buat apa-apa
- selalu banding-banding Shanaz dengan abang dan kakaknya

Ayah Shanaz
- tidak tahu menahu sangat tentang kelakuan Shanaz
- selalu beri nasihat kepada isterinya
- walaupun tidak sekejam isterinya, dia tidak juga meluangkan masa bermutu dengan Shanaz

Kakak Shanaz
- pandang rendah terhadap belia Melayu seperti adiknya
- tidak menolong adiknya dalam pelajaran walaupun dia berpendidikan universiti
- sokong setiap kata-kata negatif yang diucap ibunya
- punyai fetish mat salleh, local men are trash katanya
- hanya ambil modul bermakna di uni, tak nak ambil modul Malay Studies
- mat salleh yang dia suka (muka setakat) amat minat dengan budaya Melayu
- jatuh cinta dengan mat salleh itu
- cinta mereka terbantut dek berlainan budaya
- dipergunakan oleh mat salleh untuk thesis saja
- mula rapat dengan Shanaz kerana dua-dua ditinggalkan sang pakwe


Abang Shanaz
- budak JC
- tahu Shanaz ada masalah, tapi tidak berkuasa untuk menolong
- mungkin akan sign-on polis selepas NS

Titi
- kawan rapat Shanaz dalam geng
- pengecut tapi ingin lindung Shanaz
- masuk geng sebab berhenti sekolah
- akhirnya dapat cari kerja, boleh bantu mak bapak secara kewangan

Lina (?)
- dengar cakap Ruby selalu, takde pendirian
- kehilangan kawan secara perlahan-lahan (Ruby, Shanaz, Wani)
- tidak suka Wani kahwin sebab dia anak luar nikah, dan tidak ingin orang tanya-tanya tentang bila dia nak kawhin

Wani
- satu-satunya geng yang dapat cari jodoh
- akan kahwin
- tinggal bersama emak angkat
- selalu ikot cakap Ruby

Jessica
- 15 tahun, adik Michael
- suka chatting di Internet
- bersolek seperti gadis lebih dewasa apabila jumpa lelaki
- jumpa lelaki jauh lebih tua
- bersetubuh dan hamil
- benih dibuang
- dihantar ke Kanada bersama abangnya untuk tutup malu
- tidak tahu abangnya ikut kerana tahu abangnya cintakan Shanaz

Ibu & bapa Michael
- tidak hiraukan apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak mereka
- pentingkan bisnes
- hantar anak-anak ke Kanada untuk selesaikan masalah
- si suami curang tapi si isteri beri peluang

Matair Kakak Shanaz
- white
- gunakan Kakak Shanaz sebagai bahan untuk menelaah thesisnya tentang budaya/orang/sosiologi Melayu
- tidak dapat kahwin dengan Kakak Shanaz kerana ibunya seorang mat salleh yang konservatif
- nampak tua for a college kid

2 mat
- tak penting sangat
- bosan bila Chong dah masuk penjara
- hidup bagai tak tentu arah
- suka stare-stare tapi takde pape actually
Kesimpulannya, punca mengapa anak-anak muda ni terjerumus dalam geng kongsi gelap adalah… keluarga mereka. Ruby, Remy dan Shanaz punyai masalah keluarga di mana mereka tidak diberi cukup perhatian, atau keluarga mereka tidak ‘lengkap’ dan oleh kerana itu, rakan-rakan di luar menjadi tempat mengadu.
Dan ini mungkin menjadi kitaran ganas (vicious cycle) yang mungkin akan melanda generasi seterusnya jika mereka tidak berubah.
Dalam drama ini, terdapat adegan di mana mereka mengingatkan kepentingan sering berkomunikasi dengan anak-anak, tapi malangnya, segelintir keluarga Melayu masih tidak mempraktikkan kegiatan ini.
Ibu bapa tidak seharusnya salahkan anak-anak mereka apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan tidak senonoh. Sebaliknya, mereka harus berfikir sejenak dan bertanya mengapa anak-anak mereka lakukan sebegitu? Apa yang mereka tidak lakukan?
Belia yang memasuki geng ni tidak semestinya daripada keluarga susah atau keluarga yang berpecah-belah. Ini andaian yang kurang tepat sekali. Amir seorang remaja daripada keluarga kaya, manakala perhubungan ibu bapa Shanaz pula baik-baik saja. Ini bermakna punca mengapa seseorang memasuki geng ni bermacam-macam!
Walaupun drama ini sudah hampir 2 dekad yang lalu, kisah-kisah ini masih lagi relevan hingga kini. Sesuatu yang amat malang sekali. Sis harap satu hari kelak, anak Melayu kita akan jauhkan daripada memasuki geng atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Pelik sekali, dalam musim pertama, meskipun geng Remy itu disifat sebagai ‘geng samseng’, sebenarnya… apa yang diorang buat sebagai samseng? Sis tengok asyik berlepak je. Tak banyak aksi! Hairan kan? Mereka cuma perangai macam samseng je.
Selain itu, cara drama ini akhir very the happy bagi Shanaz. Keluarga bahagia gitew makan berdamai. Tapi kami tahu di benak fikirannya, dia inginkan Michael. Alah selang berapa tahun muncullah Michael ke Singapore untuk NS! Gitew!!!
Ok masa untuk tonton musim kedua!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar semua dipetik daripada meWATCH Suria)
[…] Dan adakah Anak Met 4 kesinambungan musim ketiga? Ini kerana musim ketiga tiada kaitan dengan musim pertama mahupun kedua. Mampukah mereka membuat drama ikonik ini ikonik sekali […]
LikeLike
[…] episod pertama musim ke-4, Min tertanya-tanya… adakah ini drama ikonik Anak Met yang pernah menambat hati penonton Melayu Singapura satu ketika […]
LikeLike
[…] musim Anak Met sebelumnya, babak pergaduhan berlaku di tempat permainan, di tengah-tengah Orchard Road. Bukannya di bangunan […]
LikeLike