Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Hujung tahun lalu, pasti anda terpinga-pinga akan apa yang sebenar-benarnya berlaku di antara seorang selebriti TikTok di bawah naungan Al-Kisah serta seorang minah terkemuka.
Korespondan Pengkritik Sandiwara telah membuat beberapa siasatan, wawancara dan banyak lagi untuk membongkar punca pergaduhan menyentuh jiwa ini.
Dipercayakan bahawa lebih 11,000 orang menonton TikTok LIVE antara Azula Cinta dan Repunzeel pada awal pagi 31 Disember, menyatukan masyarakat Melayu/Islam seperti Malam Raya.
Namun pada akhir sesi LIVE itu, difahamkan bahawa penonton hanya menjadi semakin keliru dan merunsingkan lagi peristiwa antara mereka berdua.
Perdebatan antara Azula (atau nama dulunya diketahui sebagai Hakimah) dan Repunzeel juga tersebar luas di Twitter.
Di situ, jelas dikatakan bahawa antara pencetus pergaduhan adalah teguran Repunzeel terhadap Azula mengenai tatatertib pergaulan antara kawan berlainan jantina.
Oleh kerana Azula kini seorang isteri, Repunzeel menegur agar tidak berdakap dengan jantan lain. Tapi tegurannya itu tidak diterima oleh Azula.
Dalam adegan ini, kami baru saja sedar bahawa pegangan agama individu tetap kukuh tidak kisah status keminahan seseorang.
Mungkinkah peristiwa ini punca atau pemangkin pergaduhan dua gadis muda ini? Ia masih menjadi satu misteri.
Malang sekali, orang ramai masih tertanya-tanya akan peristiwa ini yang berlaku pada 2022.
Oleh kerana sudah masuk 2023, ayuh kita buka saja lembaran baru dan lupakan yang keruh!
Atau, seperti mana ramai yang sarankan… Kedua-dua mereka bertarung di gelanggang gusti seperti Sham Rahman dan Juffri Alui? Apa kata korang?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Twitter Azula Cinta, Repunzeel)
[…] gaya perselisihan maya antara dua minah di Singapura tak pernah akan terlerai sekiranya mereka tidak berbual di bawah satu […]
LikeLike