Bila kisah Azula Cinta dan Repunzeel nak habis?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampak gaya perselisihan maya antara dua minah di Singapura tak pernah akan terlerai sekiranya mereka tidak berbual di bawah satu bumbung.

Masing-masing sudah pun hadirkan diri dalam podcast untuk bicarakan kes masing-masing dan menceritakan kisah mereka dari sudut tersendiri.

Dan oleh kerana itu, podcast Azula dan Repunzeel dalam The Common Folks sering bercanggah dan kisah pergaduhan mereka menjadi lebih rumit.

Jadi… akan habis ke drama ni kalau mereka berdua tak nak bersua muka? Memanglah sekarang semua orang tengah syiok ikuti perkembangan kisah internet ini, tapi sampai bila? Satu hari nanti, orang akan meluat dan ketularan cerita ini akan… basi.

InsyaAllah, mereka akan ikuti jejak Sham dan Juffri untuk selesaikan masalah perhubungan ini di dalam gelanggang gusti.

Yang penting, ramai pempengaruh Singapura, tidak kisah makro mahupun mikro, menggunakan nama mereka untuk mendapatkan clout atau perhatian untuk diri mereka. Pengkritik Sandiwara tidak terkecuali, kami mengaku kami suka guna clout tau. Ini semua SEO.

Antara pempengaruh yang menggunakan nama dua minah ini adalah Fauzi Azzhar, The Sharkyy Boyy, Joakim Gomez, Fiza O dan ramai lagi!

@fiza_o

Help. Where can I get the full story.

♬ original sound – FIZA O – FIZA O

Agak-agak korang, bila drama ni akan basi?

– Pengkritik Sandiwara

gambar header: TikTok The Common Folks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s