Why Be Good When You Can Be the Best? sedarkan diri

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Satu lagi persembahan Pesta Pinggiran Singapura M1 yang saya sempat tonton adalah Why Be Good When You Can Be the Best? yang diarah dan ditulis Deonn Yang.

Dalam persembahan selama sejam ini, penonton membawa pulang mesej yang penting mengenai dunia korporat yang menjejas kehidupan orang-orang dewasa yang sudah bekerja.

Watak Hui Min bersama Moo-moo
Gambar: Deonn Yang

Watak Hui Min yang dimainkan oleh Chng Xin Xuan melambangkan individu-individu yang rajin bekerja dan pada masa yang sama menghargai kehidupan selepas kerja. Pendek kata, golongan yang mungkin mempunyai work-life balance yang memadai.

Hui Min, pemegang gelaran Pekerja Terbaik Tahunan buat dua tahun berturut-turut ini bukan saja seorang pekerja yang bagus di mana rakan-rakan kerja senang berborak dengannya, tapi juga disayangi klien. Perhubungannya dengan rakan kerja yang lain juga amat mesra. Inilah ciri-ciri yang membuatnya disukai ramai di pejabat.

Di luar kerja pula, Hui Min sering menolong. Tidak kisah manusia atau haiwan, Hui Min seorang yang rendah diri dan suka membantu. Terutama Cik Sofia (Suhaili Safari).

Watak Cik Sofia, seorang penjual tisu jalanan
Gambar: Deonn Yang

Namun, semuanya berubah setelah Hui Min kalah dalam satu pertandingan untuk menjadi ‘Pekerja Paling Terbaik’. Ini menjadikannya seorang yang hanya pentingkan kerja. Ingin melakukan tugas-tugasnya saja tanpa memikirkan emosi rakan kerja serta melupakan apa yang membuatnya bahagia – iaitu untuk menolong orang.

Ini amat relevan sekali kepada penonton Singapura yang dipercayai antara pekerja yang agak stres di dunia. Sering saja kami kerja terlalu keras, OT semata-mata untuk puaskan majikan, klien atau ingin kejar pangkat dan gaji.

Dalam kita mengejar kejayaan duniawi, kita alpa akan apa yang membuat kita bahagia dan mengapa kita bekerja keras. Kita lupa luangkan masa bersama keluarga dan rakan yang tercinta kerana kerja. Kita mendaki tangga korporat kerana ia sesuatu perkara yang norma.

Tapi adakah perkara material itu membawa kebahagiaan?

Di akhir Why Be Good When You Can Be the Best?, Hui Min sedar bahawa perlumbaannya untuk menjadi pekerja terbaik membuatnya lupa akan perkara yang membuatnya tersenyum. Di akhir cerita, watak ini kembali ke rutin asalnya iaitu membantu orang di kelilingnya.

Dalam kita meraih kejayaan di tempat kerja, janganlah kita alpa akan orang di sekeliling yang membuat kita bahagia. Why Be Good When You Can Be the Best? merupakan peringatan yang amat baik sekali bagi penonton (terutama warga SG secara amnya) untuk tidak membuat kerja sebagai personaliti utama anda.

Bak kata orang, kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? Gitew!

Antara pelakon yang lain yang menghidupkan persembahan ini adalah Eve Voigtlander, Mitchell Fang dan Sindhura Kalidas. Sememangnya, barisan pelakon dalam pementasan M1 SFF 2023 ini amat serasi sekali. Mereka dapat menyampaikan mesej yang agak berat dalam persembahan 60 minit ini sambil menyelitkan lawak jenaka dengan selamba sekali!

Hui Min bergosip dengan rakan sepejabat
Gambar: Deonn Yang

Pementasan ini akan berlangsung hingga Ahad di NAFA Studio Theatre. Anda boleh dapatkan tiket di sini. Anda pasti takkan menyesal tonton Why Be Good When You Can Be the Best? tau!

– Pengkritik Sandiwara

Gambar header: Deonn Yang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s