Pesta Pinggiran Singapura M1 kembali beraksi pada 2023!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pesta Pinggiran Singapura M1 (M1 Singapore Fringe Festival) tahun ini memberi perhatian kepada isu-isu yang lebih genting setelah dua tahun menimbulkan topik mengenai pandemik.

Kali ini, pementasan-pementasan mengetegahkan perkara yang memerlukan perhatian umum secepat mungkin.

Berlangsung pada 4 hingga 15 Januari depan, edisi ke-19 M1SFF ini dipenuhi karya-karya yang mengemukakan fenomena sosial penting serta isu-isu semasa.

Antaranya adalah Foreign Bodies, Never The Bride, Why Be Good When You Can Be the Best?

Foreign Bodies oleh Bird Migrant Theatre mengisahkan dua pekerja asing yang menjadi kawan dan bercinta. Namun, mampukah mereka teruskan perhubungan mereka? Semuanya menjadi semakin rumit bagi mereka.

gambar: Birds Migrant Theatre

Sekiranya perkahwinan sejenis dibolehkan, bagaimanakah ia dijalankan? Itulah Never The Bride akan teroka oleh The Necessary Stage!

gambar: Tuckys Photograph
y

Dalam negara yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis, pelakon Ryan Ang, Fadhil Daud dan Rajkumar Thiagaras menghidupkan pengalaman di mana ramai individu queer alami dalam karya yang lucu lagi menyayat hati ini.

Nak jadi seorang yang baik di mata masyarakat atau menjadi pekerja terbaik? Itulah dilema yang dihidapi watak Min dalam Why Be Good When You Can Be the Best?

gambar: Yeo Tze Hern

Ikuti Min dalam permainan terkejut ini!

Lebih banyak pementasan boleh anda tonton dalam M1SFF 2023. Antaranya adalah Less Than Half, Kafka’s Ape, Mother of Compost serta dua persembahan digital iaitu Tree Confessions dan Django in Pain.

Anda boleh dapatkan tiket-tiket M1SFF 2023 di sini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Tuckys Photography, Birds Migrant Theatre)

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s