Wali Band kembali ke Singapura

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Yank, Emang Dasar, Cari Jodoh dan banyak lagi.

Itulah antara lagu hits Wali Band yang pernah menjadi permintaan lagu ramai ketika zaman gemilang radio satu ketika dahulu.

Kepada peminat Ovie, Apoy, Neo dan Tomie, anda pasti teruja apabila dapat bersua muka dengan mereka tahun depan, kan?

Sah Entertainment bakal membawa kumpulan Indonesia ini ke The Star Theatre pada 25 Februari tahun depan. Tiket-tiket bermula pada harga $38 akan dijual mulai 9 Disember, Jumaat pada 10 pagi.

Konsert berjudul Cari Jodoh ini juga ada kategori tempat duduk yang termasuk Meet & Greet sekali. Sama dengan konsert-konsert yang dianjurkan Sah Entertainment sebelum ini seperti Masdo dan Ungu.

Dan seperti biasa, Sah Entertainment tidak lupakan tradisi mereka untuk memberi hint siapakah penyanyi jemputan untuk konsert kali ini. Kalau Ungu diorang bawak Aina Abdul, kali ni siapa pulak eh?

Yang menarik sekali, para peminat boleh tentukan playlist konsert ni tau!

Ni betul-betul konsert for the fans!

Korang pergi tak?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sah Entertainment)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s