Ungu warnai The Star Theatre

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Satu panggung bersorak sejurus Pasha Ungu muncul di The Star Theatre… melalui pintu belakang!

Terkejut semua dibuatnya yang merenung di pentas menantikan ketibaan Pasha tapi sebenarnya beliau di belakang! Sampai ada yang berdiri untuk memetik gambar penyanyi Indonesia itu.

Pasha memulakan konsert “The Greatest Night, LIVE in Singapore” dengan lagu I Need You.

Namun sebelum itu, tirai konsert ini telah dibuka oleh penyanyi Malaysia, Aina Abdul, yang membuat kemunculan pertamanya di Kota Singa ini.

Aina mendendangkan single terbarunya Terus Hidup dan juga lagu hitsnya, Semalam.

Ungu mengubati rindu peminat Singapura dengan lagu-lagu malar segar seperti Ciuman Pertama, Cinta Gila, Kekasih Gelapku, Percaya Padaku dan banyak lagi.

Pasha bukan sekadar menghiburkan peminatnya dengan suaranya yang serak-serak lunak, tapi juga jenaka yang diselitkan antara lagu. Beliau turut berkongsi falsafah cinta dan cuba berbual dalam loghat Singapura!

Terdapat juga segmen kerohanian di mana mereka mendendangkan lagu-lagu berunsurkan agama seperti Andai Ku Tahu, Dengan Nafasmu dan SurgaMu antaranya.

Ahli-ahli Ungu juga tidak dipinggirkan. Setiap peminat yang mempunyai bias masing-masing dapat berinteraksi dengan Enda, Ochi, Makki dan Rowman.

Apa yang manis sekali adalah video montage di mana anak-anak band tersebut memberi kata-kata semangat kepada ayah mereka. Comel sekali!

Mereka turut menyanyikan lagu terbaru mereka iaitu Dasar Hati.

Yang penting, Pasha berkata bahawa konsert Ungu selalu sukses di Singapura bukan kerana kumpulannya yang hebat, tetapi sokongan peminat Singapura yang tiada batasnya.

Aina muncul sekali lagu dalam duet bersama Pasha dalam Tercipta Untukku. Sesungguhnya suara mereka sama padan sekali, membawa anda terbang ke awan.

Untuk tamatkan acara, Sufie Rashid dijemput untuk menyanyikan Hampa Hatiku bersama Ungu. Maklumlah, orang besar SAH Entertainment!

Di segmen encore, kesemua ahli Ungu menyanyikan lagu ikonik mereka yang sering diminta penonton – Demi Waktu.

Walaupun sudah lebih dua dekad berkecimpung dalam industri nyanyian, Ungu tetap diminati peminatnya di rantau ini. Ini membuktikan betapa impaknya amat mendalam. Semoga sukses selalu!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: SAH Entertainment)

Advertisement

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s