Sufie Rashid, Aaron Aziz, Hisyam Hamid gigih bantu mangsa banjir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Keadaan banjir di negara jiran, Malaysia, telah membuktikan bahawa kuasa kemasyarakatan amatlah penting dalam masa-masa kecemasan seperti ini.

Selebriti kelahiran Singapura yang kini bermastautin di Malaysia juga turun padang bersenseng lengan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang terjejas dek bah itu.

Antaranya adalah Sufie Rashid, Aaron Aziz serta Hisyam Hamid.

Sufie Rashid bersama isterinya, Nurulain, mengagihkan lilin, makanan dan air kepada mangsa banjir.

Penyanyi itu juga berkongsi video, menunjukkan keadaan di Hulu Langat.

Pelakon popular, Aaron Aziz, bersama isterinya Diyana Halik telah menguruskan pengagihan makanan sebanyak 750 paket.

Aaron Aziz mencatat di IGnya sambil berterima kasih kepada rakan-rakan di Singapura.

Hiysam Hamid bersama Malaysia Coastguard telah membantu membersihkan kediaman yang terjejas akibat banjir.

Menurut Instagram Malaysia Coastguard, sebanyak 8 buah rumah sempat dibersihkan pada hari kedua operasi pembersihan.

Kami berharap sukarelawan-sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa banjir dapat menjalankan operasi mereka dengan lancar.

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, sila klik pautan ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Sufie Rashid, Malaysia Coast Guard)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s