GV8: Aliff Aziz bangkit dengan Memburu Impian, tiada penyingkiran

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah merosot ke tangga ke-6 minggu lepas, kini Aliff Aziz bangkit semula.

Dengan lagu Memburu Impian sempena temanya ‘Dulu Lain Sekarang Lain’, Aliff mendaki 4 tangga, di posisi ke-2 pada mingggu ke-5.

Nampaknya, betul apa yang Aliff kata di Instagramnya awal minggu ini. Persembahan minggu lepas merupakan butang reset untuk dirinya. Terbukti, persembahan minggu ini begitu memuaskan sekali untuk kembalikan Aliff ke posisi teratas.

Penyanyi asal Singapura itu melangkah ke peringkat seterusnya dengan lagu Belenggu Rindu minggu depan bertemakan ‘Langkah Seiringan’. Aliff akan membawa lagu nyanyian asal Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah itu bersama penyanyi BBNU molek lagi popular, Iman Troye.

Turut berada di tangga tiga teratas adalah Nikki dan Ani Maiyuni.

Minggu ini, Upiak berada di tangga terbawah tetapi, tiada penyingkiran, lagi. Ini merupakan kali ketiga di mana tiada penyingkiran dalam Gegar Vaganza 8.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Astro Gempak)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s