Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Persembahan Aliff Aziz dalam minggu ke-4 Gegar Vaganza 8 malam semalam mengakibatkannya tersorot hingga ke tangga ke-6.
Sebelum ini, Aliff Aziz telah kekal di tangga pertama bagi dua persembahan pertama dan tangga kedua pada minggu ketiga.
Dalam Instagram Storynya, Aliff berkongsi bahawa “it could have been better”.


Aliff turut berterima kasih kepada semua yang telah memberikan doa serta semangat dalam perjalanannya dalam Gegar Vaganza 8 selama ini.
Aliff juga berharap semua terhibur dengan persembahannya. Bukan itu saja, Aliff juga berkata bahawa dia telah mendapat sesuatu yang berharga dalam konsert yang disiarkan di saluran Astro Ria ini.
Apa yang Aliff maksudkan adalah reset button atau butang set semula.
Aliff juga menukil pepatah “Every setback is a setup for a comeback.”
Jika diterjemahkan, ia bermaksud setiap kemunduran adalah persediaan bagi kemunculan semula.
Ternyata, Aliff telah mengambil episod ini dan bakal membuat yang lebih baik pada minggu ke-5!
Dalam IGS seterusnya, Aliff menulis: “Sentiasa akan ada ruang untuk diperbaiki.”
Inilah nilai yang harus orang ramai contohi. Seorang penyanyi yang terbuka untuk menerima kritikan juri, dan akan terus mencuba agar dapat melakukan yang terbaik!
Tambahan pula, Aliff juga tahu bahawa persembahannya minggu ini mungkin telah menghampakan peminatnya yang menjangkakan Aliff untuk kekal di tangga teratas.
Maaf sekiranya ada yang rasa hampa
Aliff telah berminta maaf atas persembahannya yang mungkin tidak menepati jangkaan peminatnya dan penonton Gegar Vaganza 8.
Isterinya, Bella Astillah, di Instagramnya memberi sokongan penuh dan berasa bangga terhadap suaminya.
Kami juga turut rasa bangga dengan usaha Aliff dalam persembahan malam semalam. Semoga dapat membangkit semula dan terus berjuang bagi mengharumkan nama negara!
All the best, Aliff!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Aliff Aziz, Bella Astillah)
[…] betul apa yang Aliff kata di Instagramnya awal minggu ini. Persembahan minggu lepas merupakan butang reset untuk dirinya. Terbukti, persembahan minggu ini begitu memuaskan sekali untuk kembalikan Aliff ke […]
LikeLike
[…] Bandi Amuk yang menyanyikan lagu I Want To Break Free terkecundang minggu ini. Nikki dan Suki turut berada di tangga top 3 bersama Aliff Aziz. […]
LikeLike
[…] agaknya prestasi Aliff minggu depan? Bolehkan penyanyi asal Singapura itu merampas balik tangga pertama dan mara ke […]
LikeLike