Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Buat pertama kali, tangga pertama Gegar Vaganza 8 bukan milik Aliff Aziz. Ternyata, minggu ini persembahan memukau Nikki yang menyanyikan lagu Semalam oleh Aina Abdul menambat hati para juri! Sehinggakat dilabel “number one” oleh Datuk Ramli M S.
Nikki meraih markah sebanyak 84.8% manakala Aliff pula 83.9%, perbezaan sebanyak 0.9% sahaja. Apa yang menarik adalah markah-markah ini mengatasi markah tertinggi minggu lepas.
Aliff Aziz telah menyanyikan lagu Kasihnya Laila oleh Jinbara pada minggu ke-3 konsert Gegar Vaganza musim ke-8 sempena temanya – Kasihnya Laila.
Juri Hetty Koes Endang berkata bahawa persembahan Aliff ‘geprek’ atau ‘mantap’.
Pada minggu pertama dan kedua, Aliff juga telah meraih markah tertinggi, menewaskan peserta yang lain.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Minggu ini, peserta top 3 tetap peserta yang sama. Iaitu Nikki Palikat, Aliff Aziz dan Adibah Noor. Nico G merupakan peserta yang pertama yang disingkirkan dalam Gegar Vaganza 8.
Menurut artikel Gempak, mereka hanya peroleh markah sebanyak 50.1%.
Pada konsert seterusnya, dengan tema Berdiri Bulu Romaku, Aliff akan membawa lagu Jika Kau Rasa Getarnya oleh Slam.
Minggu lepas, Aliff juga membawa pulang Anugerah Betul-betul Luar Biasa.
Tahniah Aliff Aziz kerana kekal di tangga 3 teratas! Minggu depan kasi tembak lagi.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Astro Gempak)
[…] lagu Jika Kau Rasa Getarnya yang dibawa oleh Aliff Aziz dalam minggu ke-4 Gegar Vaganza tidak begitu memuaskan hati juri kali ini. Ini menyebabkannya […]
LikeLike
[…] ini, Aliff Aziz telah kekal di tangga pertama bagi dua persembahan pertama dan tangga kedua pada minggu […]
LikeLike