Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Persembahan lagu Jika Kau Rasa Getarnya yang dibawa oleh Aliff Aziz dalam minggu ke-4 Gegar Vaganza tidak begitu memuaskan hati juri kali ini. Ini menyebabkannya berada di tangga yang ke-6.
Datuk Syafinaz Selamat bertanyakan Aliff Aziz sama ada dirinya terasa terganggu semasa persembahan. Aliff pula berkata nyanyiannya tadi boleh dipersembahkan dengan lebih baik lagi. Dia juga menambah bahawa emosinya dan rasa gementarnya mungkin sebab mengapa persembahannya kurang memukau.
Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial
Pada episod ke-5 Gegar Vaganza 8, dengan tema “Dulu Lain Sekarang Lain”, Aliff akan menyanyikan lagu Memburu Impian nyanyian asal Kazar Saisi.
Nampak gaya, peserta top 3 minggu ini masih dikuasai penyanyi wanita!
Adibah Noor yang berada di tangga pertama akan menyanyikan lagu Gajah oleh Tulus. Manakala Nikki akan menyanyikan lagu Gelombang oleh Salamiah Hassan. Suki pula akan membawa lagu Dancing Queen yang dipopularkan ABBA.
Akankah kami melihat mereka bertiga bertarung di pentas akhir?
Bagi Fazley Yaakob, perjalanan Gegar Vaganza mereka berakhir di sini. Akhirnya.
Korang setuju tak dengan keputusan para pengadil?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Astro Gempak)
[…] Aliff Aziz dalam minggu ke-4 Gegar Vaganza 8 malam semalam mengakibatkannya tersorot hingga ke tangga […]
LikeLike
[…] merosot ke tangga ke-6 minggu lepas, kini Aliff Aziz bangkit […]
LikeLike
[…] Aliff berjaya kekal di tangga 3 teratas selama ini kecuali pada minggu ke-4, di mana Aliff terjerumus di tangga ke-6. Ini membuktikan bahawa dirinya agak konsisten dan […]
LikeLike