GV8: Aliff Aziz berjaya ke peringkat akhir, akan battle Aweera

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Aliff Aziz bakal berentap di gelanggang akhir Gegar Vaganza 8 minggu depan bersama 5 lagi peserta.

Aliff yang menyanyikan medley Sesuatu Janji oleh Tautfik Batisah serta Lay Me Down nyanyian asal Sam Smith berjaya berada di tangga ke-3 minggu ini.

Di peringkat akhir, Aliff akan melantunkan suaranya dengan lagu Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir dan Dealova oleh Once Mekel sempena tema minggu depan ‘Akhirnya Kini Pasti’.

Peserta lain yang mara ke peringkat akhir adalah Aweera, Nikki Palikat, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki. Perjalanan Shidee dan Ani Mayuni di Gegar Vaganza telah pun tamat pada minggu separuh akhir ini.

Hmm… agak-agak tahun ni ada berapa pemenang? Dulu time Hady Mirza menang, ada 2 pemenang tau!

Nampaknya Aliff berjaya kekal di tangga 3 teratas selama ini kecuali pada minggu ke-4, di mana Aliff terjerumus di tangga ke-6. Ini membuktikan bahawa dirinya agak konsisten dan merupakan seorang petanding yang harus peserta lain look out for!

Aliff juga memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa minggu ini!

Aliff membawa pulang RM3,000.

Dalam pusingan Battle Round minggu depan, Aliff akan bertarung dengan Aweera, menyanyikan lagu Aman Ra berjudul Budak Flat.

Ayuh kita sama-sama menyokong anak Singapura dalam pertandingan SG Mania Malaysia ini.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Astro Gempak)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s