Kenapa sokongan rancangan realiti SG muram tak macam GV8?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tatkala namanya diumum di pentas Gegar Vaganza, berpusu-pusu siaran Instagram memberi ucapan tahniah kepada Aliff Aziz atas kemenangannya.

Ramai rakan artis dan peminat Singapura yang telah menyokong Aliff turut rasa gembira dan tersentuh apabila ternampak Aliff sujud syukur apabila dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8.

Bahkan, mantan ahli politik juga turut kongsi saat bersejarah ini.

Amrin Amin rasa bangga atas kemenangan Aliff Aziz.

Begitu juga Nick Mikhail, Aaron Aziz, Sujimy Mohamad, Shahrin Azhar, Nana Karia dan ramai lagi.

Bukan itu saja, media massa setempat juga turut memberi liputan dan sokongan kepada Aliff sepanjang perjalanannya dalam pertandingan realiti ini.

Ini termasuk Mediacorp Suria yang sempat mengongsi video di mana Aliff dinobatkan sebagai Juara Anugerah 2007. Selain itu, liputan dari Berita Mediacorp, Berita Harian, Musik Singapura, Fiza O and Girlfriends dan lain-lain.

.

Ini menimbulkan beberapa persoalan. Sekiranya penonton Singapura begitu taksub dengan Gegar Vaganza sehinggakan mendapat liputan tiap minggu, di manakah energy ini untuk peraduan realiti setempat?

Di Berita Mediacorp, terdapat sekurang-kurangnya 5 artikel tentang Projek Lagu – sebuah rancangan realiti tentang penulisan lirik terkini oleh Mediacorp Suria. Manakala topik GV8 mendapat sekurang-kurangnya 13 artikel oleh Berita Mediacorp.

Begitu juga dengan Berita Harian di mana sekurang-kurangnya 5 artikel tentang Projek Lagu, dan banyak artikel buat Gegar Vaganza.

Mengapa? Adakah rancangan realiti tempatan kurang menyengat? Nanti bila Berani Nyanyi? keluar, adakah liputan akhbar akan serancak Gegar Vaganza 8? Akankah ahli politik, para rakan artis memberi ucapan tahniah?

Bukan itu saja, di socmed pula tiap minggu ada saja penonton Singapura, tak kisah artis atau bukan, akan kongsi IGS tentang Gegar Vaganza. Tapi kalau peraduan kat Suria macam… sunyi sepi.

Ini membuktikan bahawa orang Melayu Singapura kita masih ingin menyokong bakat setempat dan masih menonton TV, tapi tidak tertarik dengan kandungan yang dihidangkan oleh saluran setempat.

Kalaulah Suria mendapat viewership (SG based) yang serupa atau setengah apa yang diraih GV8, pasti kegemilangan rancangan peraduan realiti Melayu Singapura dapat dibangkitkan semula!

Kesian betul, kita hanya dapat lihat peristiwa serupa beberapa tahun yang lalu waktu Hady Mirza di Gegar Vaganza dan kini ia berulang lagi. Semoga saluran setempat dapat kembalikan keseronokan yang pernah dialami penonton Singapura.

Whatever it is, mungkin masa untuk Yellow Ribbon untuk mengambil Aliff Aziz sebagai duta…

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp Suria & Astro Gempak)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s