24 personaliti misteri beraksi di ‘Berani Nyanyi?’

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Rancangan peraduan realiti terbaru Suria, ‘Berani Nyanyi?’ akan berlangsung bulan depan. Tapi… apakah rancangan itu?

Penonton Suria sudah biasa dengan hanya sejenis peraduan cari bakat di satu-satunya saluran Melayu percuma Singapura, iaitu Anugerah dan versi-versinya. Jadi, bila Min terbaca, ternampak tentang Berani Nyanyi? ni, Min macam teruja! Akhirnya, ada rancangan realiti yang baru.

Menurut artikel Berita Mediacorp, seramai 24 retis yang ‘dikenali ramai’ akan berentap di pentas Berani Nyanyi? selama 8 minggu. Sepanjang tempoh 2 bulan itu, selebriti misteri ini akan menonjolkan bakat nyanyian mereka dan seperti biasa, ada penyingkiran lah kan?

Pada empat minggu pertama, identiti mereka akan dirahsiakan sehinggalah tamat persembahan masing-masing! Oh… jadi betul lah Min fikirkan:

But kita tengok lah eh konsep Berani Nyanyi di Mediacorp Suria nanti! Mungkin lagi gempakz?

Selain itu, para peserta ini akan berdepan para juri yang terdiri daripada Aisyah Aziz, Hyrul Anuar, Sheikh Haikel dan Rosalina Musa. Dengar-dengar, Kumar dan Taufik Batisah pun akan buat kemunculan! Wow, star-studded eh show ni?

24 selebriti itu juga dimentor oleh pemenang SG Mania, Nana Karia serta Trisno Ishak.

Rancangan ini akan menampilkan dua hos yang diminati ramai! Siapa tak rindu duo ini – Najip Ali dan juga Era Farida. Turut bersama mereka adalah Hafidz Rahman.

Min harap sangat-sangat rancangan realiti Berani Nyanyi? ni tak sendu macam rancangan realiti lain Suria… Sebab konsep ni agak ‘baru’ dan ‘lain’. So jom lah kita tonton bersama-sama mulai 8 Februari nanti.

Peringkat akhir akan berlangsung pada 29 Mac.

Agak-agak uolls, siapakah antara 24 retis yang akan muncul dalam Berani Nyanyi?

Nurul Aini? Suhaimi Yusof? Adlina Adil? Fir Rahman? Sharon Ismail? Khairudin Samsudin? Erwin Shah Dawson? Huda Ali? Ateeqah Mazlan? Sheiryn Aisiqa? Nadiah M Din? Dzar Ismail? Fiza O?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Mediacorp)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s