Hannah Delisha ‘Burung Hantu’ di tempat ke-4 The Masked Singer Malaysia

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tekaan warganet memanglah tepat.

Maskot Burung Hantu dalam The Masked Singer Malaysia musim kedua adalah Hannah Delisha!

Hannah Delisha berjaya ke peringkat akhir The Masked Singer Malaysia 2 bersama empat lagi finalis iaitu Rambutan, Orkid, Ratu Semut dan Seladang. Rancangan ini ditayangkan di Astro Warna.

Hannah Delisha yang menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu, Bukan Cinta Biasa & Bring Me To Life berada di tempat ke-empat.

Penyanyi dan pelakon asal Singapura itu juga telah memuatnaikkan video YouTube, mengongsi perjalanannya sebagai Burung Hantu sebaik saja identiti Burung Hantu didedahkan.

.

Rancangan yang dihoskan oleh AC Mizal ini turut disertai oleh 9 orang juri, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Antara selebriti yang telah tersingkir musim ini adalah Iman Troye (Aiskrim Roti) dan Reshmonu (Periuk Kera). Liza Hanim (Orkid) berada di kedudukan ketiga, Amir Masdi di tempat kedua dan Shila Amzah adalah juara.

Pada musim lalu, Aina Abdul merupakan pemenang The Masked Singer Malaysia.

.

Baru-baru ini, mediacorp Suria juga telah nobatkan Salif Hardie sebagai pemenang dalam peraduan ala The Masked Singer berjudul Berani Nyanyi?.

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada Hannah Delisha. Terima kasih kerana harumkan nama Singapura!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Astro Gempak)

Advertisement

5 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s