Kami tidak lagi kendali podcast ini bersama: A Mom Us The Podcast

Detik bersejarah.

Setelah hampir empat bulan menyepi, peminat dan pendengar setia A Mom Us The Podcast kini diberi jawapan.

Ibu-ibu dalam kumpulan podcast itu telah masing-masing memuatnaikkan kenyataan rasmi, menjelaskan situasi podcast mereka.

Di IG story mereka, kesemua empat-empat akak Thermomix itu, Denise Deanna, Shikin Sueetchic, Nura J dan Diah Mastura (etrangle) mengongsi gambar ini:

“Pada bulan-bulan yang lalu, anda semua di dalam gelap, memikirkan kemajuan dan masa depan kami.

Kami dengan seikhlasnya meminta maaf atas kelewatan dalam menangani perkara ini.”

Menurut kenyataan itu lagi, mereka berwawasan untuk bekerja bersama untuk jangka masa yang panjang. Namun, mereka dengan hampanya mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi kendalikan saluran podcast tersebut bersama.

Sebab mengapa tidak diberitahu.


Ikuti Pengkritik Sandiwara di setiap wadah sosial


Dalam pada itu, mereka juga mengucapkan orang ramai selamat menyambut bulan puasa dan agar memaafkan kekurangan mereka.

Baru-baru ini, mereka telah padamkan Instagram dan Facebook mereka.

Sekiranya anda masih ingin mendengar mereka, saluran podcast mereka masih kekal di Spotify. Kami kurang pasti sama ada saluran itu akan ditutup atau tidak.

YouTube mereka juga masih wujud.

.

Yang penting, desas-desus yang menyatakan bahawa seorang daripada mereka telah tidak lagi dalam satu kumpulan hanyalah mitos semata-mata.

Ini kerana kesemua wanita itu mengongsi kenyataan rasmi yang sama.

Podcast wanita progresif ini pernah menduduki tangga teratas carta podcast Spotify April lalu. Pada bulan Ogos 2021, Umie Isa telah meninggalkan kumpulan ini.

Mereka juga pernah mendapat liputan akhbar BERITAmediacorp.

Jika tidak salah, mereka antara saluran pertama pernah duduki carta pertama Spotify dan telah dibubarkan. Nampaknya, kuasa podcast masih dipegang oleh OKLETSGO.

Soalannya, di manakah podcast-podcast Melayu lain yang muncul bak cendawan selepas hujan ketika dan selepas Circuit Breaker?

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s