Detik ‘sekat’ OKLETSGO

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Baru-baru ini, media sosial rancak dengan isu rancangan terbitan Suria, Detik yang mengudarakan topik podcast dalam rancangan info semasanya.

Video gezek yang dimuatnaikkan di Facebook menerima banyak perhatian. Mestilah, topik podcast! Yang kini hangat dalam kalangan masyarakat Melayu kita yang tergila-gilakan podcast terhebat di Singapura, OKLETSGO!

Video ni takde komen peminat OLG, atau lebih dikenali sebagai BLOOD!

Tapi… video di bawah ni ada!

Beratus ulasan pedas lagi hangat yang menyoalkan mengapa podcast nombor satu di Singapura tidak ditonjolkan dalam rancangan Detik yang mengupas isu podcast ini?

Difahamkan bahawa kru Detik telah pun mewawancara Raja Razie, Dyn Norahim dan Dzar Ismail untuk episod ini tetapi mereka tidak disertakan dalam episod ini.

Or rather, jenama OLG disebut sekitar… sekali? Mereka hanya kata OLG merupakan podcast nombor satu di Singapura.

Menurut Facebook Dzar, mereka telah mengatur semula jadual mereka untuk wawancara ini. Namun, pada masa yang sama, mereka sudah agak bahawa bahagian mereka tidak akan disiarkan kerana conflict of interest. Mereka telah pun jelaskan di salah satu episod Podcast mereka.

Apa yang bermasalah tentang episod Detik ini adalah bagaimana Nona Kirana dari Syukran Talks menjelaskan bahawa podcast yang tidak bertapis aka OKLETSGO (she didn’t mention but sis… we know) seolah-olah pemangkin bagi anak muda untuk dapatkan kandungan yang tidak bermoral.

Bullshit.

Anak muda terdedah kepada kandungan explicit, tak kisah wadah. Podcast, TV, media sosial, permainan digital dan macam-macam lagi.

Jadi anda ok jika anak anda main game Fortnite/GTA yang berdasarkan tembak-tembak dan keganasan untuk hiburan? Explicit content dah wujud sejak berzaman dulu tapi kenapa soalan yang diaju Detik kepada Nona Kirana seolah-olah bertujuan serangan peribadi kepada OKLETSGO?

Anak anda boleh dapatkan kandungan merepek/lucah di Twitter, YouTube dan banyak lagi. Bukan saja podcast. Lagipun, podcast OLG ada cap logo EXPLICIT so kalau anak kau nak dengar tu salah dia jugak. Nak tengok porn pun ada ARE YOU 18/21 *depending on country*. Fikirlah…

Pada masa yang sama, klip video ini diibaratkan self-fulfilling prophecy.

Ini kerana Nona Kirana mengatakan orang ramai mungkin akan memberi bertindak secara tidak sopan kerana terbiasa mendengar bahan ‘explicit’, dan mereka akan menjadikan kelakuan ini satu tabiat. Dan ini terbukti di segmen komen video BeritaMediacorp yang dibanjiri kekata oleh para Blood.

Tapi, komen-komen ini juga tidak perlukan pengaruh buruk. Memang naluri orang ramai untuk just… bash orang lain kot.

Agak pelik jenama podcast lain yang diketengahkan dalam Detik tidak menyebut OLG yang mencipta trend mendengar podcast menjadi satu kesukaan dalam masyarakat kita. Seolah-olah lupakan pencetus fenomena ini.

Bukan itu saja, beberapa Blood juga agak menggila, eh?

Dipercayai @kuchnehi89 yang kini agak tua berusia 30 tahun, seorang Blood kerana komen pertamanya di siaran OLG di IG Pengkritik Sandiwara. @kuchnehi89 ingin kami meninggal dunia. We may report this to the police.


Yang penting, OKLETSGO semakin berjaya!

Spotify telah menghubungi OLG! Wow, apakah yang akan mereka sajikan kepada peminat mereka pada masa depan kelak? Semoga kejayaan OLG semakin maju, dan merubah corak hiburan Melayu setempat.

https://twitter.com/Pengkritique/status/1197124082514292738?s=20

But let’s be honest… Detik hanya mengutarakan isu podcast ini kerana… mereka ingin melancarkan podcast sendiri!

Tapi persoalannya, adakah podcast terbitan Suria/BeritaMediacorp akan disiarkan di wadah mudah diakses seperti Spotify/iTunes atau aplikasi MeRadio?

Yang akan bertukar nama kepada meLISTEN? Apa pendapat anda?

Ini kerana pada akhir segmen isu podcast episod Detik kali ini, mereka berkata bahawa ada kemungkinan bahawa mereka akan menerbitkan podcast untuk memenuhi kehendak dan citarasa orang ramai.

Pendek kata, Detik gunakan OLG sebagai clout untuk tonton TV agar mereka boleh mengiklankan podcast mereka yang akan datang?

Ini hanya pendapat, ea.

Pengkritik Sandiwara

Bacalah lagi!

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s