Wayang Sekarang: Wira

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah kejayaan filem Paskal, muncul lagi satu filem penuh aksi, WIRA oleh penerbit yang sama, Adrian Teh!

Dibintangi pelakon sasa lagi sado, Hairul Azreen, ia merupakan filem yang harus ditontoni akhir tahun ini!

Bukan macam Wira bahasa Inggeris tu… Hero: Jangan Bikin Panas. MEREPEK!

Jika anda semua suke giler Paskal, pasti anda akan ngotot tengok filem penuh gaduh-gaduh ini!

Wira mengisahkan seorang mantan leftenan askar, Hassan, yang telah kembali ke rumah setinggannya untuk membela nasib keluarganya.

Tapi itulah, rumah mereka dimiliki ketua kongsi gelap. Jadi… susah lah sikit sebab semua orang ‘hamba’ kepada si Raja ni yang dimainkan Rafaat Hamzah Dain Said.

Permulaannya seperti filem Sangkar! Dua watak bergaduh dalam gelanggang, tapi kali ni petinju wanita!

Adiknya Hassan, Zain (Fify Azmi), pula telah mengutuk Raja dan berhutang keliling pinggang. Dua beradik itu sudah lali hidup merana dan ingin tewaskan Raja. Ala-ala nak bring down the leader lah.

Pada masa yang sama, semua orang pun benci si Raja ni sebab dia dalang dan penyebab orang di situ masih hidup susah. Ada kilang dadah, semua orang asyik mabuk ketum, mati kejung semua sebab dia lah!

Kalau korang yang jenis suka tonton filem aksi, ni sesuai sebab banyak sangat gaduh-gaduh. Boleh kata 75% aksi tumbuk-menumbuh, belasah dan semua sewaktu dengannya.

Boleh naik bosan asyik tengok watak asyik bergelut. Skripnya setakat seberapa je. Hais. Tapi best jugek.

Tak boleh dinafikan, jalan cerita ni memang agak klisye ekcili. Nak tahu? Tontonlah!

Yang penting, pada akhir cerita ni macam ada kesinambungan. Hmm… Agak-agak apa eh? Dan, kenapa backstory Hassan tidak dijelaskan dengan mendalam lagi? Kenapa dia leftenan tapi bersara? Apakah ini akan mainkan peranan penting untuk sequel filem Wira ini?

Jangan lupa tonton Wira di pawagam terdekat!

⭐️: 7.5/10

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s