The Assistant filem tahap antarabangsa

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sekiranya korang inginkan that adrenaline rush bila tonton filem Melayu, tengoklah The Assistant, bukan KKN di Desa Penari.

.

Filem arahan Adrian Teh ini menampilkan pelakon hebat Hairul Azreen (Feroz) dan Edil Dzuhrie Alaudin (Zafik).

Apa yang Min suka sangat tentang filem ini adalah cara ia cuba menarik perhatian penonton daripada meneka antoganis sebenar!

Saat filem ini bermula, penonton dengan senang dapat tahu siapakah dalang di sebalik pembunuhan isteri dan anak Zafik.

Pendek kata, Zafik berada di penjara apabila keluarganya terbunuh. Apabila bebas dari penjara, misi utama Zafik adalah untuk mencari pembunuh keluarganya. Sua terang watak Sam (Henley Hii) tu lah punca pembunuhan keluarga Zafik. Sam juga rakan baik Zafik.

Tapi, ini adalah untuk tidak membuat penonton fikirkan siapakah watak jahat yang sebenar-benarnya. Kononnya, penonton tahu lah plot cerita ni lah.

Namun, kalau penonton berikan perhatian penuh, terdapat petunjuk akan pendedahan watak antagonis yang sebenar.

Min tak nak spoil filem ni sebab nak uolls buat tempahan untuk tonton filem ni di pawagam, hehe!

Yang penting, semua persoalan pasti akan terjawab dan anda akan ada that a-ha! moment apabila semuanya terbongkar secara perlahan-lahan.

Filem penuh aksi ini juga agak mengerikan. Jadi, kalau korang yang geli-geleman tu bersiap sedia lah eh. Ada babak bunuh-bunuh, tembak-tembak, kelar leher, darah sini sana semua! Mampat ah cite ni, cam tahap antarabangsa.

Kenapa Min cakap cerita ni tahap antarabangsa sebab ada adegan diorang skydiving tepi KLCC! Kau ade?

Ekcili, sebab sebenar adalah… hero tak mati. Cam cite Hindustan la pulak!

Selain plot yang mengasyikkan dan menarik ini, filem ini turut ~SPOILER ALERT~ menimbulkan topik DID (dissociative identity disorder).

iolls xnk spoil lah but basically dia cam Moonknight gitew:

.

Bukan itu saja, tengok filem ni dapat tengok badan berketaq Hairul Azreen, buat akak-akak di luar sana tew…

Apa tunggu lagi? Cepat beli tiket.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Act 2 Pictures)

Advertisement

2 comments

  1. still tertanya. mcmna feroz dpt video kat rumah dy tu. dlm citer,feroz dpt video on the same day bdk kmpung tu rakam. smntara masa tu zafik dlm prison. humm 🤔

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s