Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Di TikTok, rakan-rakan kerap hantar video-video di mana segelintir penonton KKN di Desa Penari disampuk tatkala menonton filem seram terhangat Indonesia ini.
Melihat pemasaran zaman kuno ini, Min pun tertarik untuk melihat sendiri apa yang syiok sangat dengan cerita hantu yang berkonsepkan tarian bunian seperti apa ditularkan warganet.
Terkejut iolls bila buat tempahan tiket di Golden Village kerana bukan senang nak dapat satu panggung hampir penuh untuk filem Nusantara, lagi-lagi pada hari biasa!
<spoiler alert, skip kalau taknak baca>
Apa yang akan Min tulis adalah berdasarkan filem KKN di Desa Penari yang Min dah tonton, dan ini adalah pendapat peribadi iolls. Kalau korang tak setuju, lantak lah. Pandangan ini tiada kena mengena dengan kisah benar yang berlaku, yang memberi ilham kepada filem ini. Anda boleh baca bebenang SimpleMan tersebut di Twitter:
Apa yang membezakan filem MD Pictures ini daripada filem hantu yang lain adalah unsur ‘cause and effect‘nya.
Bererti, setiap kelakuan pasti ada kesannya. Dalam cerita mistik biasa, tindakan oleh watak-watak merupakan atas kehendak atau kemahuan mereka sendiri. Sebagai contoh, seseorang yang ingin memberi nasi kangkang kepada sang suami kerana ingin si suami tunduk kepadanya.
Namun dalam KNNDDP, watak-watak yang melakukan kegiatan terkutuk ini tidak melakukannya atas kehendak mereka tersendiri. Oleh disebabkan itu, Min berpendapat bahawa ia kurang munasabah apabila mereka dikawal oleh makhluk halus atau Badarawuhi.
Ini kerana Bima (Achmad Megantara) tidak secara sukarela membuat perjanjian dengan Badarawuhi (Aulia Sarah). Begitu juga dengan Ayu (Aghniny Haque). Mereka seolah dipaksa tatkala dalam keadaan kurang sedar.
Jadi, kenapa mereka dihukum??? Ini tidak adil.
Tapi yang membencikan lagi adalah watak Nur (Tissa Biani).
Dia je yang betul, dia lah yang patut orang lain dengar, dia lah yang baik. Padahal watak dia paling merepek sekali.
Tiber bilang si Bima untuk sembahyang sebab dah lama tak nampak Bima sembahyang. Abeh kawan dia yang lain pun tak pe??? Gila.
Yang paling lmaotastic is bila dia asyik-asyik panggil kaum Badarawuhi sebagai JIN.
Eh, kau dah la kat kampung orang, kawan kau dah kenek hasutan setan, kau panggil diorang jin? Lagi lah tanduk diorang naik.
Memanglah dalam Islam makhluk ini sememangnya jin. Tapi dalam konteks kampung ni, kaum mereka dihormati dan disegani. Tak patut dipanggil jin saja. Nur seolah-olah memperlekehkan dan memperkecilkan kewujudan mereka. Ni dipanggil… gaslighting!
Bukan itu saja, ini semua boleh dielakkan sekiranya orang kampung tidak berahsia!
Si Prabu ni yeyeoh je lebih. Padahal diorang dah tanya yang kat babak kubur kenapa batu nisan hitam abeh tak jawab dengan betul. Benda dah terjadi baru menyesal. Nasi dah jadi bubur!!!!!!!!
But of course, ini semua filem. The flaws harus terjadi, kalau tak takde cerita.
Cuma, kenapa adegan tarian sikit jek??? Sedih!
So kepada uolls yang nak tengok filem ni, Min rasa… suka hati lah. Masih ada kat GV.
Yang penting, Min nak tengok The Assistant dan Tiga Janda next!
Also, apa yang dia cakap ni benar:
the way Rafaat Hamzah spilled…
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: MD Pictures)
[…] Sekiranya korang inginkan that adrenaline rush bila tonton filem Melayu, tengoklah The Assistant, bukan KKN di Desa Penari. […]
LikeLike
[…] seperti filem hantu lain di mana hantunya seekor dan akan mengganggu satu kampung, Pengabdi Setan 2 menimbulkan rasa takut […]
LikeLike