Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Beberapa minggu yang lalu, pelawak popular setempat, Faris Samri, telah memberi amaran tegas kepada mereka yang bakal menonton filem Marvel terbaru iaitu Spider-Man: No Way Home.
Dalam video itu, Faris telah menegaskan kepada pengikut serta rakan dan keluarganya agar tidak mengongsi sebarang perosak (spoiler) untuk filem terhangat lakonan Tom Holland ini agar dapat mempeliharakan unsur saspens filem adiwira ini.
Dalam video itu, Faris bertekad untuk mengesat mereka yang akan merosakkan filem Spider-Man ini. Bahkan, itulah yang telah dia lakukan kerana terdapat segelintir yang melakukan sebegitu.
2 minggu kemudian, Faris sendiri telah mengongsi spoiler filem MCU ini tanpa amaran perosak (spoiler alert).
Faris telah mengongsi video ini di IG Storynya (spoiler alert obvsly):
Musykil, kan? Orang yang sama yang betul-betul tidak mahu orang lain kongsi spoiler terus kongsi spoiler? Hanya kerana dah 2 minggu?
Dik oi, tak kisah lah 2 minggu ke 2 jam, kau nak post content apa2 pun suka hati lah. Tapi kasi lah spoiler warning. Saluran YouTube meletop seperti WatchMojo atau HISHE pun bagi spoiler warning kat video mereka tentang filem yang BERTAHUN lamanya. Gitu je kot senang, a spoiler alert would have sufficed.
Tu pun ade orang tu nak buat reaction video gitew… Sanggup!
Gurl, affected sangat ke sampai nak buat video cenggini? Kelakar!
Yang penting, dia dah tentukan tempoh sesuai untuk orang ramai bincangkan filem tau. 2 minggu setelah filem keluar. Inilah SOP terbaru yang diterima penggiat filem antarabangsa!
Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang melebih.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: IG Faris Samri, Marvel)
[…] <spoiler alert, skip kalau taknak baca> […]
LikeLike
[…] itu, terdapat juga persembahan istimewa oleh Reckless dan ROTB. Tiga serakan, Faris Samri (frsmri) , Zaki Hussain (zakiv4) dan Syakeel […]
LikeLike