Faris Samri bangkit dengan kandungan ‘short shaming’

Setelah kontroversi melanda Faris minggu ini, bakat muda itu bangkit dengan video baru dalam masa beberapa hari.

Malah, kandungan video kali ini tidak begitu jauh dari kandungan sebelumnya yang telah dipadam kerana dianggap sebagai ‘fatshaming’.

Video yang dikongsi beberapa detik lalu mempersendakan satu lagi aspek fizikal seorang individu. Kali ini, Faris mempergunakan sifat ketinggian kependekan seseorang itu sebagai bahan lawak.

Namun, jika anda lihat video ini, ia berbeza sedikit.

‘Mangsa’ dalam video ini adalah dirinya. Pendek kata, kita tidak lihat video ini dari sudut seorang yang menerima kutukan seperti videonya sebelum ini.

Penonton melihat dari sudut pembuli… jadi kalau korang tengok, koranglah yang mencaci hamun golongan individu pendek. Koranglah heightist!

Adakah ini video reaksi Faris terhadap insiden yang telah terjadi? Di mana dia mengalihkan atau menukar perspektif penonton serta subjek jenaka dalam sketsanya? Walhal, premis dan tujuan sketsa ini serupa?

Apa pandangan anda?

Walau bagaimanapun, kami berharap Faris akan terus berkarya dan tidak akan membiarkan apa-apa menjejas proses kreatifnya!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG frsmri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s