Faris Samri padam lawak ‘fatshaming’ setelah ditegur Subhas?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ramai yang tertawa setelah melihat video jenaka yang dikongsi pelawak muda setempat, Faris Samri, yang terkenal dengan sketsanya yang lucu lagi geli hati.

Namun, ada segelintir yang berpendapat bahawa jenakanya itu menyinggung hati.

Ini kerana video yang dimaksudkan itu berasaskan tabiat seseorang individu yang sering memesan khidmat penghantaran makanan dan watak abang rider seolah-olah mempersendakan pelanggannya itu.

Perkara ini begitulah ketara sehinggakan Faris telah mengambil keputusan untuk memadamkan kandungan lawak tersebut dari wadah socmednya. Tetapi, video itu sudah pun tular dan dikongsi ramai orang di setiap pelusuk Singapura.

Di socmednya, Faris menulis:

Video dipadam.
Mengakibatkan lebih kemudaratan daripada tertawa.
Ke video seterusnya

Walaupun dilanda kontroversi, Faris tidak patah semangat dan menjanjikan lebih video dengan menyatakan ‘ke video seterusnya’.

Min tidak pasti sama ada rapper setempat, Subhas Nair, telah memainkan peranan penting dalam keputusan yang diambil Faris ini.

Dalam tweet yang dikongsinya, Subhas memuatnaik semula video itu dan menyatakan bahawa lawak jenaka Faris hambar, watak dalam sketsa itu tidak mencerminkan kerja murni yang dilaksanakan abang-abang rider dan melabel Faris sebagai resident bodyshamer.

Dalam balasan serta petikan tweet Subhas itu, nampaknya warganet seperti berbelah bagi. Ada pihak yang tidak setuju dengan Subhas tapi terdapat juga yang setuju.

Pada pendapat anda, adakah lawak jenaka Faris keterlaluan sehingga menyinggung perasaan dan boleh disifatkan sebagai bodyshaming atau sekadar bahan ketawa suka-suka?

Lagipun, sekiranya video itu menyinggung perasaan dan tidak bermoral, mengapa Subhas memuatnaikkannya sekali lagi untuk tatapan ramai?

Adakah ini satu perkara yang boleh dianggap sebagai ‘tanya tuan empunya badan’ di mana hanya individu yang berisi sahaja boleh menentukan sama ada ia menyinggung perasaan atau tidak?

Di manakah kita harus meletakkan garis untuk membezakan lawak atau kurang ajar?

Yang penting, dalam kenyataan Faris, tiada kata maaf yang dilafazkan! Renung-renungkanlah.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Faris/ YouTube Subhas)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s