Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Oleh kerana salah satu ahli pasukan Pulang Balik didapati positif Covid-19, dengan dukacitanya pementasan berganda ini terpaksa dibatalkan demi kesejahteraan kru dan penonton.
Itulah yang dikongsi Teater Ekamatra tengahari tadi di akaun Instagram mereka.
Menurut catatan tersebut, Esplanade dan Ekamatra telah memutuskan untuk membatalkan persembahan fizikal Pulang Balik dan para pemegang tiket akan dihubungi dan wang mereka akan dikembalikan.
Di akhir siaran itu, Ekamatra berkata bahawa mereka akan bertemu sekali lagi dan menggesa orang ramai agar berjaga diri.
Ini merupakan rintangan kedua pementasan Pulang Balik. Awal tahun ini, pementasan yang sepatutnya berlangsung malam ini ditangguh.
Pada bulan Mei, ia terpaksa ditangguh kerana Fasa Kewaspadaan Dipertingkat yang dikuatkuasakan pada waktu itu.
Sejujurnya, kami amat merindui teater Melayu dan ingin sangat menonton pementasan secara bersemuka dalam masa akan datang. InsyaAllah kita boleh bertemu lagi!
Baru-baru ini, Singapore Repertory Theatre juga terpaksa membatalkan persembahan pembukaan mereka minggu ini atas sebab-sebab serupa.
Persembahan minggu pertama The Complete Works of William Shakespeare (Abridged) telah dijadualkan kepada tarikh lain.
Persembahan Faghag juga dibatalkan kerana pelakon sulungnya, Pam Oei, dijangkiti Covid-19.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Teater Ekamatra)
[…] dalam talian Pulang Balik yang dinanti-nantikan akhirnya boleh ditonton […]
LikeLike