Pulang Balik papar perih penjaga

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tayangan dalam talian Pulang Balik yang dinanti-nantikan akhirnya boleh ditonton ramai.

Awal tengahari tadi, pementasan yang diadaptasikan ke sebuah filem ini ditayangkan di Sistic kepada pembeli tiket.

Menonton persembahan double bill Pesta Raya ini yang menampilkan Mama Lekas Pulang dan Balik, pasti akan terlintas di fikiran beberapa persoalan yang menyatukan dua persembahan ini.

Sebagai contoh, erti rumah.

Dalam Balik, watak Ain (Farah Ong) berkata bahawa rumah bak syurga buat sesiapa yang duduk di situ. Seseorang itu boleh menjadi dirinya dan rasa terselamat apabila berada di rumah.

Namun, adakah rumah tetap rumah sekiranya orang tersayang tidak menghuninya lagi? Bagaimana pula jika orang tercinta yang duduk sebumbung tidak lagi ingat diri kita?

Kedua-dua kisah ini menceritakan kehilangan ataupun kekosongan yang terasa di hati. Ain yang rasa kosong tetapi lali bahawa ayahnya sudah tinggalkan keluarganya. Manakala Maya (Elnie S. Mashari) pula rasa kosong kerana ibunya tidak ingat apa-apa dan dia pula terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibunya sepenuh masa.

Tema rumah kerap diungkit, terutama dalam di mana rumah diberi pelbagai erti.

Rumah merupakan tempat yang dikelilingi dinding (atau batu), atau tempat di mana Ain rasa tenang, iaitu di tepi pantai atau di luar di mana Ain boleh ditemani sang bayu dan kerlipan bintang. Rumah juga tempat di mana setiap insan pulang ke sang Pencipta.

Natijahnya, persembahan ini mengetengahkan watak wanita yang menjaga orang tua dan menimbulkan kepentingan menjaga kesihatan mental si penjaga, yang penat menjaga ahli keluarga yang memerlukan bantuan.

Ini selari dengan Kertas Putih Pembangunan Wanita yang dibicarakan dalam Parlimen baru-baru ini.

Pulang Balik ditayangkan di Sistic Live sehingga 12 Jun. Anda boleh dapatkan tiket anda di sini.

Anda juga boleh menyaksikan banyak lagi persembahan berbayar dan percuma sempena Pesta Raya di Esplanade.

.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sistic)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s