Ernie Zakri & Syamel buat persembahan di Pesta Raya 2022

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Setelah dua tahun menghibur penonton di alam maya, kini kita semua boleh menonton Pesta Raya secara depan mata!

Dan oleh kerana pemerintah dah melonggarkan sekatan Covid-19, bolehlah artis seberang Tambak buat kemunculan di Esplanade, kan?

Terdapat beberapa persembahan bertiket dan percuma yang boleh anda tonton semasa Pesta Raya yang meraikan seni Melayu dari segi teater, tarian dan muzik Nusantara. Tahun ini, Pesta Raya berlangsung dari 26 hingga 28 Mei.

Dalam FENOMENA, anda diajak berhibur bersama ikon muzik Singapura iaitu Jatt Ali, Hady Mirza dan Sufi Rashid. Menariknya, ketiga-tiga mereka pernah memasuki pertandingan nyanyian di Malaysia!

gambar: Facebook Pesta Raya

Antara artis jemputan yang akan menyertai mereka adalah Rahila Rashun, dan power couple Syamel & Ernie Zakri dan ramai lagi!

FENOMENA akan berlangsung pada Jumaat, 27 Mei, jam 8 malam di Esplanade Concert Hall. Tiket-tiket boleh didapati di sini.


Kepada peminat seni dikir barat di luar sana, persembahan An Evening of Dikir – Teraju Tiga sesuatu yang anda tidak boleh lepaskan!

gambar: Facebook Pesta Raya

Saksikan sejarah dikir barat dihidupkan oleh penggiat ‘orang lama’ seperti Juno AGP, Khairudin Samsudin, Daly Filsuf dan 2D.

Anda juga boleh menikmati persembahan oleh kumpulan Kelana Purba, Dendang Mutiara, Mak Yong Kedek, Andika Kencana, Ulan, Wahana Deksu dan ramai lagi.

Lagu-lagu ikonik seperti Pinggiran Aidilfitri, Bonda Kusanjung Ayah Aku Agung dan Cenderawasih akan dipersembahkan oleh Elfee Ismail, Nana Karia dan Dinodi.

Berlangsung pada Sabtu, 28 Mei, tiket-tiket berharga $25 dan $40 boleh didapati di sini.


Kepaten Obor, sebuah persembahan solo, pelbagai disiplin oleh Suhaili Safari menampilkan monolog menyayat hati yang dililit dengan tarian, nyanyian dan gubahan muzik asli.

gambar: Facebook Pesta Raya

Skrip yang berdasarkan kisah Suhaili sendiri, Kepaten Obor mencerminkan hubungan yang menyatukan atuk nenek dan cucu-cucu, pertalian yang tidak boleh dipisahkan.

Pementasan ini menyoal asal-usul, penerokaan yang menjejak keturunan dan mencari erti anugerah turun-temurun walaupun dihadapi pelbagai rintangan.

Tiket-tiket berharga $35 boleh didapatkan di sini. Pementasan ini berlangsung selama 3 hari, dari 27 hingga 29 Mei.


Apabila terdengar istilah ‘jantan joget’ pasti ada banyak perkara negatif yang dikaitkan dengan istilah tu, kan?

Dalam persembahan yang dihasilkan dan dipersembahkan oleh pereka tari dan penari Norhaizad Adam, The Wrong Geng 2.0 (ronggeng, get it?) adalah sebuah persembahan tarian solo dari pandangan seorang jantan joget.

gambar: Facebook Pesta Raya

Melalui persembahan ini, menerokai aspek sosial, imaginatif dan emosi yang tersirat dalam sistem tenaga kerja pada zaman kapitalisme kini, lalu bertanya: Bagaimanakah jika peranan perempuan joget dilaksanakan oleh seorang lelaki maskulin?

Mengikut sejarah, joget, atau juga dikenai sebagai ronggeng, dikenali atas tempo dan rima yang pantas dan bertenaga. Ia selalu menjadi genre muzik dan tari yang menggalakkan pergaulan antara lelaki dan wanita, sebagai wadah untuk memikat satu sama lain.

Dahulu istilah joget sering mempunyai stigma kerana dianggap sebagai erotik dan menggoda. Tetapi kini joget telah dimodenkan dan ‘dibersihkan’, dan dianggap sebagai genre tarian yang dihormati dan sering dipersembahkan di acara seperti majlis perkahwinan dan keramaian.

Menerokai tema yang mencabar dengan sifat yang terbuka, The Wrong Geng 2.0 menerokai pelbagai perspektif terhadap isu tenaga kerja dan seni tari. 

Berlangsung selama 3 hari dari 27-29 Mei, tiketi-tiket berharga $35 boleh didapati di sini.



Antara persembahan lain yang boleh anda nikmati sempena Pesta Raya 2022 adalah Pesta Muda Mudi oleh Kugiran Masdo, Nur Cahaya Sakti oleh Art Fazil, Sonic Rituals oleh Rosemainy Buang, Tempoh oleh OrkeStar Trio & Djangat, Pulang Balik oleh Teater Ekamatra dan banyak lagi!

.

Untuk senarai penuh persembahan pada tahun ini, lungsuri lelaman Pesta Raya 2022.

Tak sabarlah untuk kembali ke Esplanade!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Facebook Pesta Raya)

Advertisement

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s