Tiket Masdo sold out, peminat gelisah

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Dalam masa beberapa minit, tiket bagi konsert Kugiran Masdo berjudul Pesta Muda Mudi di Pesta Raya 2022 habis dijual semalam.

Ramai warganet meluahkan ketidakpuashatian mereka di socmed dan ingin Esplanade mengadakan konsert band indie popular ini di panggung yang lebih besar atau tambah satu hari lagi.

Ruang komen IG Masdo dicucuri peminat setia yang tidak dapat tiket.

TikTok pun begitu jugaaaaaa.

Sampai ada dah mulakan tanda pagar #cancelpestaraya2022, amboi!

@uhhfann

itsokay i had hbl anyways next time ig :/ #masdo

♬ original sound – MASDO – MASDO

Ada yang bangun awal semata-mata nak beli tiket band Malaysia ini tetapi tak sempat!

Di Instagram Masdo pula, mereka menjelaskan bahawa mereka sedang berbincang dengan pihak Esplanade untuk berpindah ke panggung yang lebih besar atau adakan konsert hari ke-2.

Please eh, jangan layan reseller!

Di Instagram Esplanade pula, peminat digalak untuk isi borang waitlist untuk dapatkan kemaskini terkini.

Kepada anda yang berminat, bolehlah isi borang yang tertera di sini. Mungkin dengan ramai orang yang mengisi waitlist ini, ia akan memberi pihak Pesta Raya 2022 lebih sebab yang munasabah untuk mengadakan konsert ini di tempat yang boleh menampung lebih ramai orang!

Tak sangka fanbase Masdo begitu rancak sekali!

Kepada yang tak tau Masdo, mereka sebuah band indie yang amat popular dalam kalangan anak muda. Lagu-lagu mereka ala-ala zaman 60-an gitew. Popular di TikTok tau!

Kugiran Masdo terdiri daripada vokalis dan gitaris Ali Sariah, gitaris utama Asmawi, dan pemain bes Putu Ceri. Pemain dram mereka, Ambobzeela, atau nama sebenar, Azham Ahmad, juga merupakan anggota pengasas band, Hujan.

.

Kalau uolls sering di TikTok, pasti pernah terdengar lagu Janji Manis dan Dinda, kan?

Kepada yang dapat tiket, syioknye! Mesti best kan?

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Esplanade)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s