Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Aliff Aziz ketuai takbir Raya dalam video yang tersiar di YouTube Famili Kita.
Ramai penonton memberi komen bahawa mereka rasa bangga dengan Aliff yang mengetuai takbir ini. Suara merdu dan lembut Aliff sedap didengar, tulis seorang wargent.
Dalam video tersebut, alumni Gegar Vaganza 8 yang lain turut hadir. Antaranya adalah Shidee, Azan Scan, Dato’ Fazley Yaakob, Saiful Apek, Yassin, Nico G, Bandi Amuk, Aweera dan Fuad Shahrin Misbah.
Aliff memakai baju cekak musang dalam video takbir 3 minit 41 saat itu.
Besar kemungkinan video ini dirakam semasa penggambaran video muzik Suasana Di Hari Raya yang juga menampilkan alumni Gegar Vaganza 8.
Aliff juga telah merakamkan video muzik Raya bersama Tokti tau! Semakin berjaya, penyanyi asal Singapura ni.
Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan di Malaysia!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: YouTube Famili Kita)
[…] ruang media sosial Malaysia apabila berita tentang pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah […]
LikeLike