Aliff Aziz juara tetap Big Stage 2022?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampak gaya rezeki pemenang Gegar Vaganza 8 tak terputus-putus!

Setelah menjadi Juria Juara di peraduan realiti Big Stage 2022 pada minggu pertama, Aliff Aziz dijemput kembali lagi. Bukan sekali tapi dua kali!

Ini bermakna, sudah tiga kali penyanyi asal Singapura itu membuat penampilan sebagai salah seorang panel juri. Duduk sebelah Tokti lagi.

Dah alang-alang tiga kali muncul, jadikan je lah Aliff Aziz sebagai juri tetap. Kan senang? Rezeki pakcik-pakcik umrah, gittew!

Difahamkan, ‘Juri Juara’ diberikan kepada individu yang pernah memenangi pertandingan realiti yang dianjur Astro.

Juri Juara yang pernah muncul dalam Big Stage 2022 selain Aliff Aziz adalah Aina Abdul dan Han Byul.

Atau Astro sekadar jemput Aliff sebab takde orang lain untuk dijemput pada malam bertemakan This Is Siti Nurhaliza sebab semalam merupakan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 36?

Lagipun, ulasan yang diberi Aliff Aziz amat membina dan positif. Aliff juga memberi panduan kepada peserta Big Stage dari pengalamannya sebagai seorang peserta juga.

Bak kata Sherry, sejuk hati mendengar komen Aliff, kan?

Walau bagaimanapun, korang sokong siapa untuk Big Stage 2022? Min sokong Aisha Retno, kembarnya Hirzi!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Astro Gempak)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s