Penuh bangga.
Itulah yang dirasai penonton Singapura sebaik saja melihat penyanyi Singapura, Farhan Shah, berada di pentas Big Stage musim ke-5. Beliau yang muncul secara mendadak tanpa sebarang pengumuman membuat ramai penonton Singapura terkejut tapi gembira bahawa akhirnya kita ada wakil Singapura di pentas yang segah Big Stage itu.
Walaupun mendapat markah terendah pada minggu pertama, warganet Singapura tetap memberi kata-kata perangsang buat bekas peserta Singapore Idol 3 tersebut di wadah sosial seperti Instagram. Wadah-wadah berita setempat juga tidak terkecuali. Selang beberapa hari episod pertama Big Stage ke-5, kedua-dua berita setempat membuat laporan akan penyertaan Farhan Shah dalam pertandingan anjuran Astro Malaysia itu.
Mujur, episod pertama adalah episod perkenalan dan Farhan Shah tidak terkecundang. Esok, beliau akan membawa lagu Mercy oleh Duffy.
Tetapi, apa yang Min ingin ketengahkan ialah istilah ‘BBNU’. Manakan tidak, rancangan realiti Big Stage adalah untuk penyanyi BBNU iaitu singkatan untuk ‘Budak Baru Nak Up’.
Sejauh ini, peserta musim ini serta musim-musim sebelumnya menyertai Big Stage pada umur yang kurang daripada 30, menurut Wikipedia.
Dalam artikel BERITAmediacorp, Farhan Shah akan menjangkau umur 33 Disember nanti. Ini membuatnya peserta paling berumur di pentas Big Stage… kot?
Ini kerana istilah BBNU dalam konteks ini merujuk kepada anak muda yang baru saja menceburi industri nyanyian. Bak kata orang, baru setengah jagung gitulah. Pengalaman mereka dalam industri nyanyian mungkin berapa tahun saja.
Menurut beberapa lelaman juga, BBNU merujuk kepada anak muda yang baru saja memasuki industri nyanyian.
Tinjauan ringkas yang kami kendalikan juga menunjukkan bahawa 73% warganet tidak setuju bahawa Farhan Shah masih boleh digelar BBNU.
Jika kita lihat, Farhan Shah mula memasuki Singapore Idol 3 pada 2009. Ini bermaksud beliau sudah berada dalam dunia hiburan selama 14 tahun. Walaupun begitu, video pertamanya di saluran YouTubenya dimuatnaik hanya 7 tahun, ia berjudul Istimewa.
Memang benar, beliau tidak begitu aktif dan dan popular. Jumlah tontonan video-videonya pun tidaklah setinggi mana. Mungkin inilah yang membuatnya layak untuk ke Big Stage agar dapat menebarkan sayapnya di luar negara sekaligus menempa nama sebagai anak seni Singapura di rantauan.
Tapi, tidakkah perjalanan seni Farhan Shah membuatnya lebih layak untuk bertanding di pentas… Gegar Vaganza?
Seorang yang pernah bernyanyi beberapa tahun yang lalu… senyap… and then masuk GV. Tak ke begitu?
Ala, tak usahlah kita persoalkan erti ‘BBNU’ mahupun tempoh usia ‘BBNU’ ini. Yang penting, Farhan Shah dah dijemput dan kini menjadi peserta Big Stage. Sama-sama kita sokong bakat setempat dan harapkan yang terbaik saja.
Uolls tau tak beliau dulu pernah dijemput untuk musim kedua Big Stage tapi menolak kerana baru tamat pengajian masa tu?
Anda boleh saksikan Big Stage (Musim 5) di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) pada 9 malam setiap Ahad.
Jom sertai Farhan Shah Fan Club!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Astro)
[…] Farhan Shah mara ke episod seterusnya dalam Big Stage musim ke-5, tahniah! […]
LikeLike
[…] Dari Mata menolong Farhan Shah mara ke minggu ke-4 Big Stage musim […]
LikeLike
[…] Di Pintu Syurga menempatkan Farhan Shah di Bottom Three di Big Stage musim kelima minggu […]
LikeLike