Ayuh, undi Alyph dalam ABPBH!

Setelah tular dengan lagu SWIPE sehingga menebus pasaran Indonesia serta menjadi iklan McDonald’s Malaysia, rezeki Alyph seperti tidak terhenti.

Baru-baru ini, difahamkan bahawa selebriti asal Singapura itu dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian atau lebih dikenali dengan gelaran singkatannya iaitu ABPBH.

gambar tangkap layar lelaman ABPBH

Alyph dicalonkan dalam kategori ‘Penyanyi Lelaki Popular’ di bawah segmen ‘Kategori Utama’.

Pasukan Peng sudah pun periksa, dan yup, warga bukan Malaysia juga boleh mengundi! Jadi… apa tunggu lagi, rajin-rajinkanlah jari-jemari anda untuk menyokong bakat Temasek!

Dalam masa 10 minit, anda diberi sebanyak 20 undian, di mana anda boleh mengundi di mana-mana kategori yang anda inginkan. Jadi korang kira lah dalam sehari berapa banyak undian.

Dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Alyph dicalonkan bersama 19 lagi selebriti. Ada yang bukan calang-calang ok! Antaranya adalah Amir Masdi, Anuar Zain, Andi Bernadee, Azzam Sham, Haqiem Rusli, Hazama, Ismail Izzani, Khai Bahar, Naim Daniel, Sufian Suhaimi, Syamel dan ramai lagi.

Anda boleh mengundi

untuk Alyph di sini

Undian terbuka dari 12 Mei hinggalah 11 Jun nanti.

Jom sama-sama sokong bakat tanah air!

Kategori lain untuk ABPBH 35 termasuk Penyanyi Wanita Popular, BBNU Lelaki/Wanita Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara Popular dan banyak lagi. Tahun lepas, Janna Nick memenangi Bintang Paling Popular ABPBH.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: lelaman dan IG ABPBH)

Advertisement

2 comments

  1. Anugerah ABPBH ni menojolkn bakar yg sedia ada yg ada pda seorg ank seni tnh air

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s