Janji Arissa: Episod 1

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasti ramai yang telah menonton #JanjiArissa semalam, kan? Maklumlah, pelakon utamanya adalah pelakon meleTOP dari Mesyo, Janna Nick!

Turut dibintangi oleh bukan satu tetapi DUA daddies! Fir Rahman dan Jeff Catz. Serta Wahyu Rahman, Farhana M Noor, Sharifah Shahora, Yaya Hamid, Aric Hidir, A Mahady, Salif Hardie, Jafarish Siddiq dan Aizuddin Nasser!

Secara terus terang, apabila saya menonton 20 minit pertama drama ini, ia amat meleret dan membosankan. Mungkin kerana ia banyak mengenalkan watak-watak dalam drama ini dan juga menceritakan backstory drama ini. Terdapat juga adegan-adegan redundant! Bukan itu sahaja, rasanya seperti menonton drama Astro! (mungkin kerana penerbit/whatever orang Mesyo but ok choices!)


Episod 1

IMG_5014

Muhammad menceraikan isterinya kerana isterinya curang dan ditangkap basah. Tetapi menurut isterinya, rumah mereka dicerobohi seseorang dan ingin melaporkan ini kepada polis.

WHAT IS THE TRUTH?

IMG_5015

Fast forward 20ish tahun kemudian, anak dan isterinya hidup sederhana dan kini anaknya ingin mencari kerja baru.

IMG_5016

Muhammad pula hidup mewah. Dan seperti drama-drama Suria yang biasa, adegan sarapan je mesti ada sebantal roti yang telah dikeluarkan dalam plastik dan disaji di atas pinggan. Saya ingin tahu, bagaimana nak menyimpannya jikalau tidak habis?

Isteri barunya juga menyediakan Nasi Lemak yang serupa dengan Nasi Lemak yang selalu dibuat oleh isteri lamanya. Sekadar nasi dengan telur rebus sebiji. Isteri baru beli dari bekas isteri ke?

IMG_5017

Anak ikan (lol more like atok) isteri Muhammad. Seorang kaki judi.

IMG_5018

Arissa ingin mencari kerja di AR Cosmetics. Syarikat bapanya.

Drama ni konsepnya sebegini eh? We’re going there? Seorang anak yang tidak menerima kasih sayang bapa kandung, tahu bapa kaya abeh nak secara rahsia menjatuhkan reputasi bapa? Adakah saya menonton Suria atau Astro?

Sebenarnya, dia tahu tak punca penceraian ibu bapanya? Si Muhammad tu tahu ke tidak bahawa dia ada anak? Dia pernah cuba cara baik tak sebelum nak sabotaj ni semua? But, ok work!

Dia juga menerima hakikat bahawa Muhammad merupakan seorang usahawan yang berwibawa tetapi bukan ayah yang bagus.

IMG_5019

Klisye. Belum apa-apa mereka bertembung di tangga jalan. Confirmed. Drama Astro.

IMG_5020

Si TJ tengok Arissa (YANG TAK SEBERAPA LAWA PUN) je dah kejung? Apa sak. Gian.

Nama pun nak step TJ? Fikir Pinoy ke, Theo Joy?

IMG_5021

Sephia ke Sephora?

IMG_5022

SUMBANG MAHRAM.

YA ALLAH betapa klisyenya drama ini????? Anak dia ingin sabotaj syarikat bapanya secara rahsia dan pada masa yang sama, rela jatuh cinta dengan abang/adik sendiri untuk merosakkan kesihatan mental TJ! But we shall see how it goes!

IMG_5023

SKINNIQUE.

Ah baguslah! TJ sudah bertunang! Jadi, bolehlah Arissa merosakkan perhubungan TJ dan last-last, dedahkan bahawa mereka adik-beradik.

Hmm… Si Arissa ni bodoh eh? Tadi kata ayahnya memang usahawan dan majikan yang bagus. Apabila ayahnya melayan pekerja dengan baik, dengan memberi tiket ke Australia sempena hari lahir, dia marah?????

Be professional. Kalau nak balas dendam, keep your head in the game. Jangan terpedaya dengan ni semua. Setakat.

IMG_5028

Siapakah lelaki ini? Mengapa mereka berkomplot untuk jatuhkan AR Cosmetics?

IMG_5031

OK????

Budak polytechnic paling bengap di dunia. Dia tak tahu sekolah akan call eh kalau dia skip sekolah?

YUCK!

IMG_5036

Urgh. Lebih masalah. Dapatkah sakit yang dialami ibu Arissa dapat taubatkan Arissa dan menahan Arissa daripada balas dendam?

IMG_5037

Muhammad tetiba hiraukan hal ehwal keluarga…

IMG_5038

Oh, kawan makan kawan!

Uh-oh… Dengan gambar-gambar ini dapat menjatuhkan reputasi Muhammad dan lingkupkan syarikatnya?

IMG_5041

Adakah kita menggunakan bahasa seperti ini apabila menghantar pesanan di WhatsApp?


Ok, bukan selalu kita mendapat drama seperti ini di Suria, ya. Tetapi, ia memberi vibes Astro. Very the drama Mesyo! Apabila saya menonton gezek drama ini, saya fikirkan pelakon-pelakon Singapura berlakon di Malaysia! Rupa-rupanya drama Suria yang menjemput pelakon-pelakon Malaysia!

Bukannya saya tidak suka, tetapi, drama-drama Suria kebanyakannya mempunyai pengajaran-pengajaran. Lihat sahaja Bantal Buruk Saloma dan Ikhlas. Hampir setiap episod, penonton pasti belajar perkara baharu! Drama di Suria bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mengajar atau meningkatkan kesedaran tentang sesuatu. Adakah drama ini akan mengajar kita beberapa perkara?

Selain itu, bukan ke drama ini seperti pernah kita dengar/tonton? Pasti dia akan cuba merosakkan syarikat bapanya. Tetapi ibunya memberitahu punca penceraian, setelah itu bermaafan dan TJ rasa geli kerana hampir jatuh cinta dengan Arissa. Atau drama ini akan membawa kelainan dan PLOT TWIST? We shall see!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s